Hai semua! Ok dah lama tak share resepi kek kan. Kali ni nak share resepi kek yang menjadi kegilaan para bakers dan juga peminat kek. Disebabkan rupanya yang cantik, berwarna warni, ada yang pastel nampak sangat sweet ada pula yang lebih kreatif melukis pelbagai imej atas kek ibarat karya seni agung! Tak lain tak bukan ialah Jelita Marble Buttercake atau ada panggil Kek Jelita.
Dan Kekny pun tak mahu ketinggalan juga untuk mencuba buat resepi kek yang bukan sahaja cantik malah gebu, lembut dan sedap! Sesuai dengan namanya Jelita yang cantik dan elok dari pelbagai segi.
Tips Jelita Marble Buttercake Menjadi Elok
- Pastikan mixer dan mangkuk tiada kesan minyak
- Pukul selama 5 minit ke atas sehingga adunan likat dan pekat dan berwarna krim cerah
- Mix dahulu 1/4 bahagian adunan dengan mentega cair baru mix dengan keseluruhan adunan
- Hentak acuan berisi adunan sebelum masuk oven untuk buang bubble air
- Hentak acuan sejurus selepas keluar oven supaya kek tak "berpinggang" atau kecut
Jelita Marble Buttercake Atau Tanpa Marble Pun Boleh
Ok untuk Kek ni dalamnya Kekny tak buat marble sebab Kekny tak suka nak letak pewarna banyak banyak dalam kek ni. Jadi Kekny hanya buat marble di bahagian atas. So ikut citarasa masing masing ya. Bagi Kekny warna tu pun tak memberi rasa apa. Jadi biarlah hanya hiasan diatas sahaja. Kalau tak mahu letak apa apa pewarna sekalipun boleh ya atau gantikan sahaja dengan letak koko powder untuk marble coklat yang tak kurang sedapnya
Tekture kek ini ibarat kapas! Lembut sahaja. Tak seperti kek span biasa yang rasa agak tawar, kek ni cukup rasanya dan kalau guna pure butter pula lagi lemak dan harum. Disebabkan Kekny letak pure butter maka Kekny tak letak sebarang esen vanilla sebab nak rasa butter tu. Jadi ikut korang yang nak letak esen atau tak letak. Dalam resepi ni Kekny akan tulis sebagai optional.
Ok jom tengok resepinya
Jelita Marble Buttercake
Bahan-bahan :200gm tepung gandum
20gm tepung jagung - kedua tepun ini diayak bersama sebanyak 2 kali
180gm gula caster
5 biji telur gred A - atau boleh guna gred B sukatan berat telur bersama kulit ialah antara 345gm hingga 355gm jadi kena tambah la butir telur ikut berat
30gm ovalette ( sila timbang ya walaupun 30gm)
150gm butter dicairkan dan biar sejuk pada suhu bilik
1 teaspoon garam
1 teaspoon Esen vanilla ( optional)
2 Comments
Peerrggh..sodap...gebu
ReplyDeleteMemang jelita betul tu, nampak sedap
ReplyDelete