3 Resepi Sagu Sedap!

Hai Hangpa... mesti sekarang tengah dalam rumah semuanya kan sebab mejalani Perintah Kawalan Pergerakan PKP atau ada yang panggil MCO di Malaysia ni. Kekny doakan semoga virus Covid 19 ni akan lupus dan kita semua selamat dari virus ni. Ok kali ni Kekny nak share resepi mudah sagu.  Uniknya resepi sagu dan teknik masak sagu yang akan Kekny share ni boleh guna untuk 3 resepi dessert dan kuih.




Kuih Sagu Kelapa

Sagu ni kalau belah Utara tu selalu dibuat kuih sagu merah tu. Digaul kelapa parut. Agak susah nak mengacaunya kerana tahulah sagu ni banyak kanji, jadi agak liat. Kekny nak share tips dan cara mudah nak buat kuih sagu kelapa ni. Selain tu Kekny juga guna Gula Melaka yang dimasak sekali bersama sagu jadi rasanya memang sedap berbanding sagu kosong atau guna gula putih biasa. Warnanya pun ikut warna gula melaka, perang dan cantik. Tak perlu nak guna pewarna lagi.


Bubur Sagu 

Bagi hangpa jenis tak suka sagu yang digaul kelapa parut, boleh cuba nikmati macam bubur, masa panas panas boleh curah susu atau santan. Boleh tambah jagung tin, pulut, atau sebagainya.


Puding Sagu Gula Melaka


Yang selalu orang buat ialah Puding Sagu Gula Melaka. Tapi versi ni hanya curahkan santan atau susu, dah tak perlu curahkan gula melaka sebab sagu dah rasa gula melaka dan sipa manis.

Bila kita masukkan dalam bekas kecil, dan sejukkan dalam peti sejuk, dia jadi keras elok berbentuk macam ni.



OK jom tengok resepi mudah ni.

Resepi Kuih Sagu Kelapa

Bahan-bahan :
3 cawan sagu
2 ketul gula melaka di cincang halus
5 sudu gula merah
5 sudu gula putih (ikut kalau nak manis lagi boleh tambah)
air secukupnya untuk rebus sagu
1 liter air untuk masak sagu selepas direbus
daun pandan disimpul
kelapa parut digaul dengan sedikit garam

Cara penyediaan :

Didihkan air panas dalam periuk. Bila air dah mendidih, masukkan sagu dan masak sampai sagu kembang sedikit tetapi masih putih kat dalamnya.

Tutup api dan tapis sagu. Cuci bawah aliran air paip untuk buang kanji sagu. Toskan.

Dalam periuk, didihkan anggaran 1 liter lebih air. Masukkan gula melaka, gula putih dan gula merah serta daun pandan. Masak sampai gula larut dan mendidih.

Masukkan sagu yang ditos dan masak sampai sagu kembang dan tiada lagi putih dalam sagu. Tambah air jika terlalu pekat. Kena cair ya sampailah sagu tu hilang putih kalau pekat sikit dah ok.

Dah masak sagu dan kembang boleh masuk dalam bekas atau nak masukkan dalam mangkuk kecil. Biar sagu sejuk dan membeku. Jika nak masuk dalam peti ais pun boleh.

OK  boleh rujuk video kat You Tube di bawah untuk panduan dan step mudah nak buat sagu ni.




Post a comment

1 Comments

  1. Wahh sedapnnyaaa sagu ni..

    Om follow sini #740, jemput singgah blog kita www.ombakbergigi.com

    ReplyDelete