Resepi Boat Noodle Halal Dan Sedap

Mesti ramai yang suka makan Boat Noodle kan. Selain harganya murah, ramai suka boat noodle ni sebab rasanya yang light dan tak terlalu sarat. Sebab tu hangpa boleh makan bermangkuk mangkuk boat noodle ni. Sebenarnya tak susah mana pun nak masak sendiri boat noodle ni. Kalau siapa pernah dengar Mee Celup, haa resepinya lebih kurang saja dengan Mee Celup cuma kuah Mee Celup agakr jernih dan cair sikit macam sup biasa.


Nak hasilkan kuah Boat Noodle yang sedap, kuahnya agak pekat sikit dan perlu rebus lama. Kena juga guna campuran tulang lembu, bahagian kaki dan rangka ayam serta bahan yang memberi kesedapan ialah hati ayam perlu direbus sekali. Bahan sampingan wajib ada ialah kangkung dan taugeh. Serbuk cili dan kacang tanah tumbuk juga wajib kena bagi ada ya!

Resepi Boat Noodle


Bahan sup :
1kg daging atau tulang daging
1/2 ekor ayam dan jika ada extra kaki ayam boleh masukkan
3 ke 4 ketul hati ayam (optional untuk kuat kan rasa sup)
5-8 ulas bawang putih celur air panas dan tumbuk atau lenyekkan separuh hancur - nak sedap lagi boleh guna jeruk bawang putih
2 biji bawang besar belah kasar
2-3 sudu besar fish sauce
3-4 sudu besar sos tiram
2-3 sudu besar kicap pekat
2-3 sudu besar gula kabung
1-2 sudu cuka
(bahan bahan atas boleh tambah-tambah sambil kita rasa kuahnya, sampailah dapat rasa yang sedap dan cukup rasa)
1 sudu besar lada sulah
Kulit kayu manis, bunga lawang, ketumbar, lada hitam
Bebola daging (optional)
Garam gula secukup rasa


Cara penyediaan :

Rebus semua bahan sehingga daging empuk dan sebati rasanya.

Masukkan bebola daging/ikan jika suka Sesuai kan rasa manis masin dan masam siap.

Hidangkan dengan kueyteow, mee atau bihun dicelur dan bahan sayur serta bahan tabur.

Bahan sayur :
Kangkung, taugeh, daun ketumbar dan daun bawang

Bahan lain (tabur atas) :
Kacang tumbuk + gaul sedikit gula
Cili flakes
Bawang goreng
Cili jeruk
Lobak masin direbus dan potong kecik

Post a comment

2 Comments