Buah Stey Jeruk Kicap Tersedap!

Assalamualaikum hangpa. Minggu ni Kekny dok la mencari-cari buah stey. Kalau tak dapat, buah setoi pun kira ok lah. Cuma stey ni sedap sikit dan isi manis sikit berbanding setoi. Teringin sungguh la depa dok up gambaq buah setoi dan stey curah kuah kicap. Ish kalau setakat buah durian tu boleh tahan lagi. Kalau setoi cicah kicap memang rasa nak jilat skrin handphone lagu tu! Finally DH balik Khamis hari tu, balik appointment hospital kami terus cari buah Stey di Kg Melele, kawan Kekny ada jual. Alhamdulillah rezeki.


Buah Setoi / Stey Jeruk Kicap

Inilah dia buah stey yang segar bugar baru petik dar dusun. Manih la, lemak pula isi kulit tu, isi biji manih manih masam sikit. Tak berkerut la muka tu makan. Gebu pula isi dia. Tapi nak kena buat sambal kicap dia atau orang utara ni panggil Garam Belacan. 



Buah ni kita buang yang kuning luar tu, tinggal isi kulit putih didalam. Kulit ni boleh makan, dia rasa lemak, masam manis kelat tapi sedap buat cicah atau makan dengan kuah rojak atau buat cicah garam saja pun sedap dah. Masa kupaih tu hangpa boh dalam mangkuk ayaq. Satgi habih buah hangpa lebam.

Lepas tu kelar kelar sikit dengan pisau cucuk tu agak sampai dalam ke biji. Baru nanti kita gaul dengan kuah kicap dia meresap sampai ke dalam.


Lepas tu tuang kuah kicap tu.

Gaul rata dan biar perap selama 1 jam atau lebih dalam peti ais. Tu pasai kita panggil jeruk kicap!



Sekilo RM 5 sahaja. Cara nak bezakan buah setoi dan stey, buah stey ni kat pangkal dia naik muncung sikit. Kalau buah setoi, dia bulat tapi leper sikit dan tak muncung macam buah stey di bawah ni.



Resepi Jeruk Kicap Buah Stey

Bahan-bahan :
Buah stey atau buah setoi secukupnya dikupas, dikelar dan dibersihkan.

Bahan Garam Belacan :
2 sudu besar belacan
1/2 cawan kicap 
2 sudu besar gula 
3 sudu besar gula merah - Kekny guna gula merah Thai serbuk
10 biji cili padi - ikut nak pedas mana

Cara penyediaan :

Campur belacan dan cili padi dalam lesung, lenyek samai belacan dan cili padi tu hancur

Masukkan gula putih dn gula merah. kacau dan lenyek lagi.

Masukkan kicap dan gaul rata.

Kalau tak cukup boleh tambah lagi kicap sebab kicap ni ada pekat ada cair. Ikut rasa masin dan manis masing-masing ya.

Curahkan garam belacan ke atas buah stey dan biar perap selama 1 jam atau lebih dalam peti sejuk.


Post a Comment

1 Comments

  1. tak pernah TAK TERLIUR kalau tengok gambar2 Eny tauuuu..! hehehee.. :)

    ...

    ReplyDelete