Biskut Cornflakes Guling

Dua minggu lepas viral sekejap Kuih Kerbau Guling atau Kuba Guling, sejenis kuih tradisi dari negeri pantai timur. Ramai pula yang terliur nak mencuba kuih tersebut. Minggu ni kebetulan nak buat biskut raya, teringat biskut kegemaran Kekny setiap kali raya iaitu biskut cornflakes ball. Baru perasan biskut ni pun macam kuih kerbau guling tu, ianya diguling dalam cornflakes sebelum dibakar hihihi. Terus Kekny letak namanya Biskut Cornflkes Guling. Ambik kau!


Sedap biskut cornflakes rangup ni rasa dia rangup lembut je. Alah korang pernah rasa lah biskut ni ramai dah buat. Resepi ni pun resepi ambil dari orang juga diolah balik ikut bahan apa ada. Nak rangup lagi boleh tambah tepung jagung atau emplex iaitu sejenis perangup biskut.

DSC05529ed

Adunan biskutnya agak lembik, jadi jangan risau tak perlu digentel. Hanya masukkan dalam piping bag dan picitkan ke dalam conrnflakes dan gulingkan sehingga biskut meliputi cornflakes. Kalau terlalu lembik, boleh masukkan sekejap dalam peti ais ye.

DSC05494ed

Video pun dah viral kat Instagram Kekny. Jom tengok cara penyediaan. Resepinya ada di bawah ye.

Biskut Cornflakes Guling! Mudah je nak buat conrnflakes balls guling ni. Tak perlu nak bentukkan sebiji sebiji. Cuma pipekan keatas cornflakes dan gulingkan hahaha.. Ok resepi : 280g butter 160g gula castor 1/2 sudu teh esen vabilla 2 biji telur, tak perlu besar 320g tepung gandum 1/2 sudu teh baking soda 500gm cornflakes dihancurkan sikit (masih ada lebih lepas siap) garam secubit Pukul mentega dan gula hingga sebati, masukkan esen vanilla, garam, telur dan pukul lagi sebati. Pakai senduk kayu je. Tak perlu mixer. Masukkan tepung kacau rata. Masukkan adunan dalam piping bag atau plastik. Gunting hujungnya dalam 1.5 cm ikit size. Cornflakes hancur letakkan dalam dulang. Paipikan adunan keatas cornflakes. Guling-gulingkan sehingga cornflakes melitupi rata biskut. Susun dalam tray. Bakar suhu 170 selama 20 minit. Siap!
A post shared by Eny Yusnizar Abdullah (@enyabdullah83) on

Resepi Biskut Cornflakes Guling

Bahan-bahan  :
280g butter
160g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
2 biji telur, tak perlu besar
320g tepung gandum
1/2 sudu teh baking soda
1 sudu teh emplex (perangup biskut) optional kalau nak biskut rangup 
500gm cornflakes dihancurkan sikit (masih ada lebih lepas siap)
garam secubit

Cara penyediaan :

Pukul mentega dan gula hingga sebati, masukkan esen vanilla, garam, telur dan pukul lagi sebati. Pakai senduk kayu je. Tak perlu mixer.

Masukkan tepung, baking  soda dan emplex. kacau rata.

Masukkan adunan dalam piping bag atau plastik. Gunting hujungnya dalam 1.5 cm ikit size.

Cornflakes hancur letakkan dalam dulang. Paipikan adunan keatas cornflakes. Guling-gulingkan sehingga cornflakes melitupi rata biskut. Susun dalam tray.

Bakar suhu 170 selama 20 minit. Siap! Biskut Cornflakes Guling!

Post a Comment

4 Comments

  1. terus bookmark resepi ni ... nnt ada masa nak cuba...

    ReplyDelete
  2. kekny.. mmg xde guna mixer eh dr adun butter tu?

    ReplyDelete
  3. Saya buat tambah choch chip, memang sedap 😋

    ReplyDelete
  4. Kalau guna tepung naik sendiri bole x?

    ReplyDelete