Tips Mudah Gambar Cantik Untuk Shooting Makanan dan Produk

Kekny nak share tips mudah ambil gambar cantik untuk para blogger dan social media influencer mengambil gambar untuk buat produk review, gambar masakan atau untuk produk jika korang berniaga online, perlu ambil gambar produk korang dengan cantik dan menarik.

Selalu kita nampak beauty blogger guna carpet bulu putih. actually kita boleh try benda lain yang lebih banyak fungsinya. Sheer curtain atau daylight curtain warna putih yang jarang contohnya sangat berguna!

Kepentingan Lighting atau Pencahayaan

Lighting memberi peranan yang penting dalam menghasilkan gambar yang cantik dan jelas. Korang perlukan suasana yang cerah menyerupai day light tapi masalahnya korang selalu hadapi ialah rumah tak cukup tingkap, tepi tingkap ada perabot dan korang cuma ada masa shooting waktu malam sahaja.


Kalau ada satu mini studio sendiri atau tempat khas ianya memudahkan korang untuk berkerja. Bila bila masa sahaja boleh shoot, tak perlu tunggu siang untuk cahaya.  Kekny pun ada maslaah yang sama. Kebanyakan kek Kekny siap waktu malam, lepas tu nak ambil gambar nak tunggu cahaya siang esok memang tak sempat sebab mana nak pergi kerja lagi dan ada custome nak ambil kek pada awla pagi. Tapi tips Kekny kali ni cuma perlu 3 benda sahaja. Dan korang boleh letak dimana -mana sahaja di sudut rumah korang.

Contoh gambar diambil pada waktu malam, tetap cantik dengan teknik lighting yang betul

DSC01617ed

Tips Lighting Mudah dan Gambar Cantik 

Untuk menghasilkan gambar macam diatas,  hanya 3 bahan diperlukan.

1. Lampu meja atau lampu studi cahaya putih. Nak lagi senang guna lampu softbox light besar macam Kekny guna. Boleh beli di lazada RM 80 ke 90 tak termasuk mentol. Mentol putih LED RM 10 ke RM15 sebiji. Untuk softbox Kekny beli ni boleh muat 4 biji mentol, tapi Kekny cuma pasang 2 sahaja, dan 2 pun dah cukup terang!.


2. Then korang kena beli satu sheer curtain dari Ikea atau sebarang jenis kain tirai atau net warna putih jenis jarang. Nak recycle shawl putih korang pun boleh je.

3. Sebuah meja kecil atau kerusi pun boleh je. Kalau guna lampu meja biasa guna kerusi yg ada tempat sandar untuk korang sangkut curtain tu as background dan diffuser lampu.

Set up meja dan lampu seperti dalam gambar dibawah. Kalau guna lampu meja biasa, korang boleh letak satu pvc board transparent besar yang korang boleh beli di kedai alat tulis. Tirai tu selubungkan sof box atau diffuser untuk memberi kesan background putih yang sangat lembut.

DSC01505ed
Untitled

Jadi dalam ni sheer curtain tu berfungsi sebagai background, diffuser, reflector dan juga backdrop. cool kan!

Korang cuma perlu kreatif dengan lipat curtain tu naik sikit keatas supaya tinggi membentuk backdrop dan juga reflector pada masa yg sama ianya menjadi background (kain lapik). Boleh tambah kain kecik atau perca atau sapu tangan berwarna untuk lebih berseri. Nak letak bunga ke apa ke boleh je.

Nampak sangat elegan, soft dan tak terlalu boring berabanding kita guna meja atau kayu sahaja.

Dan hasilnyaaa!
  DSC01530

DSC01508ed

DSC01543

DSC01472ed

Semoga Tips Mudah Lighting Untuk Shooting Makanan dan Produk ni dapat membantu korang menghasilkan gambar yang cantik dan menarik!

Post a Comment

6 Comments

  1. tengah slow2 blajar ambik gambar... betui dah , lighting sangat penting...tq for sharing eny

    ReplyDelete
  2. terima kasih tipsnya :)
    sangat berguna :)

    ReplyDelete
  3. yups
    lighting penting
    kalau tidak nanti tak lawa gambar
    hehehe

    ReplyDelete
  4. Tq kak eny tengah belajar slow ni

    ReplyDelete
  5. Tkasih sis.. info sangat berguna

    ReplyDelete