Daging Bakar Nostalgia Honey

Kalau jalan -jalan cari makan di Kedah dan Perlis ni memang kebanyakan makananya mendapat pengaruh dari negara jiran sebelah Malaysia iaitu Thailand. Disini kedai siam tumbuh merata-rata. Pilih saja nak makan tomyam dan paprik bagaiamana pasti ada. 2-3 tahun kebelakangan ini menu seperti daging bakar ala thai pula menjadi trend. Daging bakar Thailand memang terkenal dengan kelembutan dagingnya yang masih berjus walaupun dibakar dan pastinya yang menjadi tumpuan ialah kesedapan sos cecah gandingan bersama daging bakar tersebut. Sos mestilah sedap dan cukup rasanya. Dan ternyata sos cecah di Daging Bakar Nostalgia Honey Kuala Perlis paling sedap setakat ini yang pernah Kekny rasa.

Daging Bakar Nostalgia Honey Lembut dan Berjus!

Keistimewaan daging bakar di sini ialah korang boleh pilih nak bahagian isi daging sahaja atau bahagian urat dan lemak atau gabungan kedua sekali. Mestilah Kekny pilih gabungan kedua sekali. Lemak tu cair dalam mulut, sangat lembut! Daging pula empuk dan berjus. Sila bayangkan!


Dihidangkan dengan pilihan nasi kuning atau nasi putih biasa dan dengan semangkuk sup panas. Ringkas tapi lengkap dan tapi penuh rasa! Dan macam Kekny cakap tadi, paling sedap ialah gabungan 3 sosnya iaitu sambal air asam berkerisik yang betul-betul super power, air asam bawang dan cili potong yang rasa pedas manis serta sambal kicap pedas yang lemak masin manis. 

DSC00901ed

Harga Daging Bakar Nostalgia Honey Yang Berpatutan!

Harganya? Jangan risau, mampu makan! Sepinggan berharga RM 11 untuk biasa, dan RM 16 untuk special bersama nasi tambah free. Dagingnya selambak! Sampai tak nampak nasi! Air pula free flow terdiri dari air kordial perlbagai perisa. Jimat lah jugak kan kat air tu sebab sekarang ni kalau minum kedai biasa air pun dan dekat RM2!

DSC01688ed
DSC00889ed

Lemak Daging Bakar Paling Lembut!

Tengoklah lemak daging tu menggetar jiwa dan sanubari betul kau! Kalau kau tak tergoda ya kau bukan peminat daging, mesti kau spesis "maun" (herbivor) bukan spesis "maging" (karnivor) kalau dulu kau belajar kelas Alam dan Manusia (sebelum adanya kelas sain sekolah rendah) maun dan maging ialah istilah makan daun  dan makan daging kahkahah!

Eh sorry bukan lemak yang ni... scroll down lagi...
DSC01694ed

Ni haa lemak dia.. memang lembut!
DSC00888ed  

Lokasi Daging Bakar Nostalgia Honey

kepada yang nak datang, lokasinya cukup mudah nak cari. Korang cari menara tangki air tinggi berwarna biru kuning (warna bendera negeri Perlis) berdekatan lampu isyarat nak ke jeti Kuala Perlis jalan dari highway, kedai Daging Bakar Nostalgia Honey ini berhadapan tangki air tersebut. Kena cuba kalau korang dah alang -alang sampai ke Kuala Perlis nak ke langkawi tu singgah lah ye! 

Kedai tepi jalan je, Lebuhraya Kuala Perlis - Changlun, dalam 1 KM saja nak sampai ke simpang masuk ke Kuala Perlis.
DSC01721ed  

Menara Tangki Air, kedai berhadapan tangki air ni sahaja.
DSC01724ed

Post a Comment

0 Comments