Benda dah viral lama dah. Tapi Kekny tak teruja sangat nak merasa. Tapi bila hari tu terjumpa dapat lah buat pertama kali merasa Takoyaki. Beli di gerai tepi jalan di Ipoh. Korang yang belum pernah merasa mesti teruja nak merasa Takoyaki ni kan. Actually rasa adunan tepungnya lebih kurang Kuih Cara berlauk kita je cuma isinya pelbagai ada ayam, sotong, udang dan ketam. Tetapi bahan inti tu adalah secebis. Adunan tepung pun rasa sikit je. Sebab tepung tu pun cair je bila dah masak jadi tak puas makan. Kekny ada tips sikit untuk para Peniaga Takoyaki, Mohon Baca Tips Ini Kalau Nak Lariskan Jualan!

Pendapat Kekny sos hitam yang rasanya masin manis dan mayonis tu tak perlu banyak cukup ala kadar kerana bila keduanya bergabung membuatkan rasa Takoyaki tu tenggelam. Dan Kekny tak faham fungsi serbuk atas tu yang dipanggil bonito flakes. Memang tawar dan tasteless je tak memberi apa apa sumbangan kepada kesedapan Takoyaki.  

Takoyaki

Overall Kekny rasa untuk 4 biji Takoyaki berharga RM5, tapi harganya membazir part sos yang terlebih, mayonis yang terlalu banyak overpowering that has ruined rasa sebenar takoyaki dan bonito flakes yang tak menyumbang apa apa rasa. Let say korang kurangkan kos sos dan mayonis serta bonito flakes tiruan tu dan lebihkan isi sotong, udang, ayam atau ketam didalam takoyaki  sendiri, tambahkan bahan segar seperti daun bawang dan potongan cili tentu Takoyaki lebih sedap dan terangkat!. Jadilah Takoyaki versi Malaysia hahaha. Pi mai pun korang memang dah derhaka resepi original Takoyaki dari Jepun dengan guna bahan yang tak betul hehehe, so buat je resepi ikut selera kita sendiri. Yang penting banyak guna bahan segar dari bahan segera.

>> Jom Belajar Buat Korean Pancake cara mudah di SINI << KLIK

Kalau korang belum merasa Takoyaki ni, don't expect to much rasa dia akan buat jiwa korang melayang ke Jepun sebab rasanya lebih kepada rasa makanan tempatan kita. Untuk makanan Jepun Kekny rasa masih prefer sushi over Takoyaki. Mungkin pengunaan bahan dan resepi diolah agar sesuai selera sini. Walau bagaimanapun Kekny masih berharap dapat merasa original Takoyaki suatu hari nanti. 

Peniaga Takoyaki jangan marah ya, mungkin yang Kekny makan ni tak berapa sedap di tekak ni. Tapi apa salahnya korang take note point diatas untuk lariskan lagi jualan korang.