Philips Pressure Cooker One Pot Cheesy Beef Macaroni

Philips Pressure Cooker One Pot Cheesy Beef Macaroni | Sekarang ni nak masak tak perlu nak bersusah payah macam dulu lagi tau. Kalau dulu-dulu kala zaman masak dapur kayu, kemudian dapur minyak tanah, dapur gas sampailah ke zaman induction cooker. Dan sekarang kita ada multicooker dan pressure cooker eletrik. Bercakap tentang pressure cooker ni, sebenarnya teknologi pressure cooker ni sudah lama ada. Tapi dalam bentuk periuk biasa yang dikedapkan penutup untuk kekalkan tekanan  dan selalunya diamasak atas api. Tapi kini kita dah ada pressure cooker eletrik siap berkomputer dimana setting nya dilakukan dihujung jari saja. Dah masuk bahan nak masak tu, kau tekan je butang yang sesuai tu Kak Jah. Dah tu pi layan laki atau anak anak tak pun layan sinetron. Cukup masa pressure cooker kau bunyi tu ha siap lah masakan hehe.. mudah sangat kan. Philips ni jenama bukan sebarangan di Malaysia. Satu jenama yang kukuh sejak beberapa puluh tahun. Pressure cooker jenama Philips ni dah lama berada di pasaran tau tapi sejak akhir-akhir ni jadi hot sikit. Ye lah ramai yang dah tak ada masa nak masak cara konvesnsional macam dulu. Nak pula di zaman ekonomi teruk ni, nak makan di luar adalah satu bebanan buat keluarga besar. Masak sendiri lebih jimat dan lebih terjamin kebersihanya. 



Masak Pasta Dengan Philips Pressure Cooker

Dah dapat Philips Pressure Cooker idaman hati Kekny ni maka first dish yang Kekny masak ialah macaroni. Kekny buat Cheesy Beef Macaroni. Sebab kita campak semua bahan dalam periuk tu maka jadilah dia One Pot Cheesy Beef Macaroni. Kenapa tau, sebabnya macaroni tu kau masukkan saja terus dari plastik tak payah nak rebus dulu dah. Haa senang kan. Kekny ni bab rebus pasta ni memang segan sikit sebab nak tus kan air rebus tu yang renyah kan. Dengan Philips Pressure Cooker ni kita cuma tumis bahan asas, masukkan daging dan sos, dan kemudian masukkan pasta yang keras tu lagi dan masukkan air secukupnya untuk melembutkan pasta dan set kan pressure cooker. Terus masak dan siap dalam 15 minit ikut kuantiti bahan kita tu lah. Senang sangat! Kalau korang nak beli Philips Pressure Cooker ni boleh beli secara online di LAZADA Klik PHILIPS PRESSURE COOKER

P1018171ed

Sedap sungguh hehehe.. Adik-adik Kekny memang penggemar pasta, kalau buat tu memang licin. Kekny pasti anak-anak korang pun suka pasta macam ni kan. Boleh buat untuk anak-anak nanti. Sesuai untuk buat bekal ke sekolah ataupun untuk parti harijadi anak. Okey jom kita tengok resepinya yang cukup mudah ni.

P1018187ed

ONE POT CHEESY BEEF MACARONI

Bahan-bahan
1 bungkus macaroni anggaran 400gm ke 500gm
400 gm daging cincang
8 ulas bawang putih dicincang
2 ulas bawang besar, dipotong dadu
1 cawan keju cheddar diparut
4 sudu besar tomato puree
1 sudu besar dried oregano
1 sudu besar dried parsley
Garam secukup rasa
Minyak untuk tumis

Cara penyediaan 

1. On pressure cooker, press BAKE - Vegetable atau Chicken untuk tumis bawang besar cincang dan bawang putih


2. Masukkan 400gm daging kisar dan masak kejap untuk brownkan je.


3. Masukkan 4 sudu besar tomato, dried oregano, dried parsley, sosej dipotong, sebungkus macaroni dan masukkan air sehingga paras macaroni je. Gaul rata.






4. Tutup pressure cooker,pastikan valve ke seal dan press CHICKEN dan press START. Screen timer akan berpusing sekejap dan kemudian akan keluar masa yang betul untuk masak.. untuk kuantiti bahan diatas perlukan 15 minit sahaja.


5. Bila pressure time dah habis, jika nak cepat makan, boleh manual quick pressure release (untuk bahan berkuah tak boleh cara ni kena tunggu floating valve turun ye, cara ni untuk masakan kering je) caranya keep warm selama few minutes dan boleh la release pressure dengan tolak valve dari seal ke release steam.. guna senduk ye jangan gunphia tangan untuk tolak..wap tu panas.. bila habis keluar wap, floating valve akan turun dan akan unlock penutup.. baru buka 

Tengok lembut je macaroni tu


6. Tabur 1 cawan parutan cheedar cheese dan kacau rata. Siap!

Post a Comment

11 Comments

  1. memang senang ek masak guna periuk ni! aritu masak nasi goreng pakai periuk ni kejap je siap hehe

    http://www.syakillaazam.my/

    ReplyDelete
  2. Memang teruja betul tengok.. dah lama idam periuk ni...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya..boleh try nnt dengan ppc kami tu

    ReplyDelete
  4. Respect sangat dengan orang dulu2.. gigih masak tanpa alat2 canggih.. Untung kita zaman sekarang, banyak peralatan yang memudahkan tugas memasakkan ;)

    ReplyDelete
  5. ya allah sedapnya kekny. uyul pun penggemar pasta. thanks for sharing kekny. nak kena beli juga pressure cooker. best betul senang nak masak.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  6. sedapnya! macam kena beli je pressure cooker ni.. jimat masa memasak

    ReplyDelete
  7. macam menarik .. kalau wife saya tgk ni, mungkin dia akan cuba resepi ni, kalau saya memang tak la .. haha

    ReplyDelete
  8. Senangnya ada puyuk ni kan kekny

    ReplyDelete
  9. wishlist laaaa pressure cooker nih. memudahkan betul. Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete