RESEPI NASI DAGANG

Nasi Dagang ialah makanan tradisi orang pantai timur di Kelantan dan Terengganu. Dulu Kekny ingat nasi dagang ni cuma berasal dari Kelantan, rupanya ianya juga ialah masakan tradisi orang Terengganu. Kira macam laksa penang dan laksa kedah la, berlainan rupa dan bahan, tapi orang utara sukakanya hehehe. Sebenarnya agak takut nak buat resepi yang tak pernah kita masak apa lagi makan. Rasanya baru sekali makan nasi dagang ni, itupun dibeli di pasar malam sahaja, dan hanya nasi dan gulai ikan tanpa acar. Bila bulan puasa ni dah jemu dengan nasi lauk biasa, teringin pula nak cuba buat sendiri nasi dagang ni berbekalkan resepi nasi dagang yang digoogle hehehe.

Nasi dagang terengganu

Sedap rupanya nasi dagang ni, Kekny pakai santan kelapa yang mak mentua bagi tempohari masa balik kampung, jadi pekat dan berlemak nasi dan gulainya. Ditambah dengan acar masam manis dan rangup tu memang ngam dengan gabungan nasi dan gulai ikan tongkol tu.

P6097424ed

Kekny pakai beras nasi dagang beli kat supermarket je pun. Ingat tu nak buat nasi dagang Terengganu sebab resepi gulai yang Kekny dapat ialah gulai nasi dagang terengganu. Tetapi rupanya kata si Nizam, nasi dagang terengganu warnanya putih dan yang campur beras merah ni ialah nasi dagang kelantan hahaha.. so entry ni kita letak tajuk universal je lah, nasi dagang takde khusus negeri-mana mana supaya tak mengelirukan. 

P6097436ed

Kekny buat nasi dagang versi tanak. Nak kukus tu punya la malas nak keluarkan pengukus yang besar gedabak hehehe. Jadi versi tanak ni mudah sebab guna rice cooker je.

RESEPI NASI DAGANG 

Bahan-bahan 

3 cawan beras nasi dagang, direndam sekejap dalam 20 minit
1 cawan santan pekat
2 cawan air - saya bagi lebih sikit sukatan tu
1  1/2 inci halia dihiris halus
4 ulas bawang merah dihiris halus
1 sudu kecil halba
2 helai daun pandan
1 sudu teh garam

Cara penyediaan

Cuci beras dan masukkan dalam rice cooker, masukkan santan dan air. Lebihkan tinggi air jika nak nasi sedikit lembut.

Masukkan halia, bawang, halba, garam dan daun pandan. Masak nasi seperti biasa sehingga nasi masak.

P6097443ed

Gulai ikan  tongkol atau orang pantai timur panggil ikan aye. Resepi gulai ni cukup mudah dan senang nak buatnya. Bahan-bahan pun mudah nak cari.

RESEPI GULAI IKAN TONGKOL NASI DAGANG

Bahan-bahan 
2 ekor Ikan tongkol saiz sederhana- rebus dengan halia, asam keping dan garam
1 bungkus kecil serbuk rempah kari ikan - dibancuh dengan sedikit air menjadi paste
1 cawan santan pekat tambah air sikit ikut banyak kuah.
1 keping asam keping
2 sudu besar gula melaka
Sesudu besar gula

Garam secukup rasa

Bahan kisar 
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
10 tangkai cili kering yang direbus

Cara Penyediaan 

Rebus ikan dengan halia, asam dan garam. Angkat dan toskan

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan masukkan rempah yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata sehingga bahan tumis garing dan naik minyak.

Masukkan santan dan air secukupnya dan biarkan kuah mendidih. Masukkan asam keping, garam, gula merah dan gula putih ikut manis.

Kacau sentiasa dan masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak.

Akhir sekali masukkan ikan yang direbus tadi dan cili padi. Masak sebentar biar kuah meresap kedalam ikan dan boleh la tutup api.



P6097475ed

Acar ni kita derhaka sikit letak sengkuang sebab ada sengkuang lebihan dalam peti ais. Eh sedappp.. lepas kalau buat wajib letak sengkuang hehehe..

P6097451ed

RESEPI ACAR NASI DAGANG

Bahan-bahan

1 batang timun, dipotong tebal memanjang
1 batang lobakl merah, dipotong halus memanjang
1 biji sengkuang saiz kecil dipotong memanjang
1 ulas bawang besar, dipotong memanjang
1 biji cili merah dihiris memanjang
Cuka makan secukupnya
Gula putih secukupnya
Sedikit garam

Cara penyediaan

Sediakan awal supaya acar lebih matang bila dihidangkan.
Campur semua bahan dan gaul rata. Masukkan dalam peti sejuk supaya acara leboh sedap dan rangup

Jom cuba buat resepi nasi dagang mudah dan sedap ni ye

Post a Comment

2 Comments

  1. yeahhh...nk try....lama dah ngidam nak buat sendiri tapi tak tau...tapi beras nasi dagang yang mana ek???

    ReplyDelete
  2. Aduhhh Kekny... menduga tengok entri ni pagi2. Auni suka sangat makan nasi dagang dengan gulai ayam. Ikan tongkol tak boleh pergi. Hehe

    ReplyDelete