Kalau nak raya ni, bagi perempuan selain baju dan tudung, make up juga memainkan peranan penting tau. Baru ni Kekny dah kehabisan compact powder yang selalu Kekny pakai jadi Kekny teruja pula nak cuba compact powder baru yang Kekny terima ni. Ianya bukan sekadar compact powder semata-mata, tetapi ianya ialah Two Way Cake Foundation, yang juga boleh dijadikan foundation jugak. Produk keluaran bumiputera Mek View International yang didatangkan khas dengan Two Way Cake Foundation dan Ivy Soothing Serum. Dah nak raya ni memang seronok la kalau dapat jelita di hari raya dengan produk Mek View International.
Mek View Two-Way Cake Foundation With Full Coverage
Two-Way Cake Foundation ni korang boleh jadikan ianya sebagai compact powder biasa ataupun sebagai bedak asas (foundation) sebelum memakai make up. Caranya senang je, kalau sebagai bedak asas, cuma basahkan span dan tekan span lembab pada bedak dan sapu di muka. Kesannya dengan Mek View ni memberi coverage penuh dan menutup cela di muka hanya dengan sedikit sapuan. Rasa ringan je muka. Nampak lebih sekata tona kulit muka dan lebih berseri.
Sebagai compact powder pula, jika korang sekadar nak sapuan nipis di muka, boleh je sapu terus bedak ni tanpa basahkan span. Kemasan nampak ringan, semulajadi tetapi tetap berseri.
Didatangkan dalam packaging yang sangatlah menarik dan praktikal, Mek View International ni sememangnya setanding dengan produk-produk to way cake foundation jenama antarabangsa yang lain. Walaupun ianya produk yang baru di pasaran, tetapi kualitinya sangat terjamin. Sebab ramai yang dah cuba, telah memberi review yang sangat positif.
Kekny memang cerewet sikit detail kalau beli barang make up. Kadang span tu keras sakit je muka, tapi yang ni span yang disediakan sangat lah lembut dan ada tempat khas diletak dibahagian bawah. Ini ciri penting untuk menjaga kebersihan bedak dan lebih tahan lama.
Banyak keistimewaan Two Way Cake Foundation Mek View ni. Yang pasti ianya Full Coverage. Meliputi rata keseluruhan muka.
Mek View Soothing Ivy Serum
Kekny juga dah cuba Soothing Ivy Serum by Mek View International. Fungsi serum ni ialah sebagai pelembab, memberi keselesaan kepada kulit muka selain menjadikan kulit lebih lembut, sejuk dan segar. Kulit muka tak la stress sangat sebab sepanjang hari bersapu bedak kan.
Dalam bentuk cecair rumusan tak berminyak, bila pakai sangat sejuk dan seronok je bila kena kulit. Tak melekit dan pantas meyerap ke dalam kulit. Sesuai namanya Soothing Ivy Serum. Lepas pakai kulit rasa lembut, tegang, dan senang nak sapukan foundation atau pakai bedak lepas tu.
Ini hasil pemakaian serum dan foundation. Memang nampak perubahan kulit Kekny tu pori tertutup rapat hasil pengunaan serum dan tona kulit menjadi lebih sekata dan lebih berseri. Kekny pakai ni ke pejabat. Sampai petang memang tahan lama tau.
Dua produk ni patut ada di dalam beg make-up korang terutama kalau nak nampak lebih jelita pada hari raya nanti.
Dua produk ni patut ada di dalam beg make-up korang terutama kalau nak nampak lebih jelita pada hari raya nanti.
Untuk pembelian dan maklumat lanjut :
MEK VIEW TWO WAY CAKE WITH FULL COVERAGE
RM 79.00 (SM)
RM 85.00 (SS)
MEK VIEW SOOTHING IVY SERUM
RM 35.00 (SM)
RM 40.00 (SS)
HARGA SET COMBO Two Way Cake With Full Coverage & Soothing Ivy Serum
RM 100.00 (SM)
RM 105.00 (SS)
Untuk maklumat lanjut :
Facebook : Mek View HQ Malaysia
Instagram : Mek View International HQ
Telefon / Whatsapp : 017 - 351 1510
11 Comments
wAH...Menarik ni....
ReplyDeleteberseri2 la si hari raya kekny
ReplyDeletesempat nak shopping sebelum posman cuti ne. Tq kakny share info
ReplyDeleteIni rahsia kekni rupenye... Ok... Thu sudah... :)
ReplyDeleteBoleh beli kat isteri nanti..
ReplyDeleteHarga pun murah je..
Ikhlas Dari
Along Misuari
Raya ni berjelita jelita lah kita kan..:D
ReplyDeleteflawlesss muka kekny pakai produk ni.. Makin cantik la kekny di hari raya nnti..
ReplyDeletelawanya tgk skin kak eny.. ;) serum mek view ni best sejuk je
ReplyDeleteSuka dengan tekstur bedak ni :)
ReplyDeletePackaging dia cantik sangat. Nampak international betul walaupun local punya produk
ReplyDeleteWah cantik kekny pakai bedak ni
ReplyDelete