Nu Caffe Kopi Memberi Tenaga

Dalam kesibukan sehari hari sebagai pekerja, blogger dan juga part time baker, memang setiap hari adalah hari yang memenatkan. Jadi memang perlu cari solusi untuk mendapatkan semula kecergasan badan, Dan baru-baru ni Kekny cuba minum Kopi Nu Caffe ni. Kopi Nu Caffe ni adalah Kopi Arabica terbaik digabung bersama krimer dan juga bahan penting iaitu ekstrak tongkat ali. Haa sebab tu lah kopi ni memberi kecergasan. Haa korang mesti tau kebaikan tongkat ali ni kan.. antaranya kalau untuk lelaki meningkatkan stamina, kecergasan dan tenaga. Begitu juga untuk perempuan. Jadi kopi ni memang sesuai untuk lelaki dan perempuan.


Dengan kandungan 50mg tongkat ali dalam setiap cawan tu buat DH Kekny lebih tenaga. Bila kerja diwaktu siang badan dah penat, jadi balik waktu petang dan malam lemau je dia. Kesian kan kerja kuat. Kekny cubalah bagi minum Nu Caffe ni memang nampak perubahan. Balik keja ceria je, malam dapat tidur lena, esoknya bangun pun tak letih. Mudah nak bangun awal untuk Subuh. Kalau tidak jenuh nak kejutkan hihihi..


Tapi jangan tak tahu, tongkat ali ni bukan sekadar berkhasiat untuk tenaga batin je, tapi memberi tenaga secara keseluruhan. Kadangkala kita kerja ni tak tentu masa, makan dan tidur boleh mendatangkan lesu seluruh badan. Jadi Nu Caffe ni memang sangat sesuai untuk memulihkan tenaga.

Kekny memang bawa bekal 2-3 peket Nu Caffe ke office. Kadangkala buat report tu letih dan mengantuk, minum secawan terus active!

Rasa kopi ni pulak sedap, pekat dan kaw. Aroma kopi arabica tu memang harum je. Bila bancuh bau semerbak. 


Nak bancuh pun senang, just tuang air panas je. Boleh bawa pack ni kemana-mana sahaja. Mudah sangat.vDalam setiap pek ni 50 gm tongkat ali.. memang terbaik lah! 

Minum panas-panas sedap dan memang puas hati dapat kopi yang sedap, harum dan lemak berkrim. Kekny dan DH memang minum waktu sarapan pagi, buat bekal tenaga untuk ke pejabat.

Kalau korang nak beli, boleh la belikan untuk suami tersayang, atau nak beli kat bapa pun sesuai. Kopi ni sesuai untuk lelaki dan perempuan, suami isteri, ayah mak.. Dan sebab didatangkan dalam kotak comel tu memang sangat sesuai dibuat hadiah.

Untuk pembelian bolehlah beli melalui DenaiSell

#Nucaffe #DHNNucaffe

Post a Comment

4 Comments

  1. Fuyoo makin bertenaga laa kelny dan DH pasni ..

    ReplyDelete
  2. Kelebihan nu-caffe ni memang 👍. Suami efa pun dh jatuh hati dgn nu-caffe ni... Dia kata ringan je badan nak buat kerja

    ReplyDelete
  3. Nampak macam menarik jeee 😊 Dahlah lelaki perempuan boleh minum kan.

    ReplyDelete