Memulakan karier sebagai blogger

Memulakan Karier Sebagai Blogger

Menjadi seorang blogger bukan lah mudah. Ada step tertentu yang perlu kita lalui dan langkah memang penuh suka dan duka. Dalam 9 tahun menjadi seorang blogger on and off ni, baru 3 tahun baru baru ni Kekny active dan blog lebih sistematik. Traffic juga semakin menaik dari hari ke sehari



Nak kekalkan momentum berblogging memang sangat susah apalagi kerana tugas seharian sebagai pekerja dan baker part time. Tapi itulah cabarannya. Kekny lebih suka menyahut cabaran. Biar hidup susah tapi ada manis dihujungnya. Bukan semua kerja kita mula akan jadi senang kan. Macam Kekny blog dengan nich cooking dan photography, memang agak susah nak gabungkan keduanya sekali. Perlukan kreativiti dan idea untuk setiap entry.

Sebenarnya, tak susah nak buka sebuah blog ni. Sebab ada banyak panduan dan tutorial yang boleh kita baca dan jadikan rujukan. Tapi apa yang penting ialah mulakan dengan mendapatkan domain sendiri. Bila dah ada domain tu kita lebih bersemangat dan ada dorongan. Korang kalau nak domain ni perlu pilih yang mantap. Selain domain web hosting juga perlu diambil kira. Penggunakan web hosting akan mengoptimumkan blog kita. Jom tengok disini mengenai WEB HOSTING atau The Best Web Hosting  dan Web Hosting Beginner Guide

Tak dinafikan berblogging boleh dijadikan sumber pendapatan. Tapi perlu belajar cara dan teknik yang betul dalam menjana wang dari blog. Traffik mestilah mantap. untuk mendapatkan traffik yang mantap, update blog perlulah lebih kerap supaya pembaca akan kerap datang singgah ke blog kita. Teknik pemasaran yang selalu blogger gunakan ialah dengan cara buat review dan banner. Perlu lah bijak samada nak guna salah satu atau keduanya. Dalam pada tu kena seiringkan pengiklanan dan isi kandungan blog agar pembaca tak lari!

Teknik berblogging sebagai sumber pendapatan haruslah dilakukan secara betul. Kita mesti elakkan lakukan kesilapan berblog yang kadangkala membuat blog kita terabai dan seterusnya mengurangkan jumlah traffik yang masuk. Banyak kesilapan yang selalu kita lakukan tanpa sengaja yang menjejaskan blog itu sendiri.

Sedikit sebanyak tips untuk korang yang nak mulakan blog. Alhamdulillah blog Eny Abdullah sekarang berada pada tahap memuaskan berbanding dahulu dan diharapakan blog ini lebih dikenali dimasa hadapan.

Post a Comment

5 Comments

  1. Blog Kekny dah makin glamour..Boleh jadikan sumber inspirasi ;)

    ReplyDelete
  2. betul tu nk kekal kan mood blogging tu susah lagi2 y bnyak komitmnt.. kekdg nk BW pun susah..Allahmdulilah dalam blog ada sumber pendapatan.... moga terus sucsess dalam dunia blogging eny.. salam kenal :)

    ReplyDelete
  3. blog kak eny mmg dah dikenali ramai kan...terbaiklah tips..

    ReplyDelete
  4. seronok masuk blog kekny. sesuai untuk pemalas masak macam uyul. boleh belajar resipi dan apply kat umah.

    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete