Caliph Combo Pack

Kalau sesiapa yang ada anak dan berminat nak dapatkan supplement Caliph ni memang sangat bermanfaat untuk kesihatan fizikal dan mental anak-anak. Suplement Caliph ni yang dibuat dari kurma dan ekstrak buah-buahan memberi nutrisi lengkap kepada anak anda. Terdapat produk untuk pelbagai peringkat umur kanak-kanak seawal bayi lagi. Kini Caliph datang dengan Caliph Combo Pack yang lebih murah dan berbaloi untuk dibeli!



Sebenarnya supplement untuk kanak-kanak Caliph ni dah berada di pasaran sejak 2 tahun lepas dan ianya mendapat sambutan menggalakkan dari ibu bapa yang mengambil berat tumbesaran dan perkembangan mental anak-anak mereka.

Tambahan pula dengan karakter kesayangan kanak-kanak Didi and Friends yang menjadi icon Caliph. 

Perasmian The Journey With Caliph Combo Pack Di Alor Setar


Semalam Kekny menghadiri majlis perasmian The Journey With Caliph Combo Pack untuk zon utara yang diadakan di De Romansion Snowing Café Alor Setar Kedah. Aktiviti yang dihadiri oleh para ibu bapa yang merupakan pelanggan setia Caliph termasuk juga para media dan blogger serta para usahawan. Event ini untuk memperkenalkan Caliph supplement yang kini datang dalam combo pack khas yang jauh lebih murah dan menjimatkan. Event semalam juga sebagai meraikan sempena ulangtahun 2 tahun Caliph yang kini berada di pasaran.


Peraduan Combo Pack Caliph

Untuk combo pack Caliph ni ada peraduan yang dianjurkan oleh Caliph kepada pembeli Caliph Combo Pack. Hadiah yang ditawarkan sangat menarik! Hadiah utama ialah sebuah kereta Proton Iris disamping hadiah pakej umrah untuk 20 pemenang bertuah. Hebat kan! Jadi kepada yang nak cuba produk Caliph ni boleh lah beli untuk anak-anak sebab produk ni mendapat review yang bagus dari kalangan ibu bapa.

Seronok semalam berada di event walau sedikit panas pada permulaanya namun cuaca menjadi teduh apabila menjelang petang. Cantik set up di majlis tu.



Dapat souveniuer dari pihak Caliph.. inilah Combo Packnya! 4X Rewards in 1 box dan free 1 Travel Pack.



Buffet spread yang enak dan lazat… ulang-ulang kali Kekny ke sini ambik makanan hihihi..



Kekny bawa Maktok yang minat sangat dengan Didi and Friends hihi.. tu semalam ada Jojo je dan juga Caliph. Seronok tengok Caliph menari zapin.



Caliph Combo Pack


Alhamdulillah Caliph Combo Pack telah dirasmikan dengan jayanya. Korang boleh la dapatkan combo pack ni di pasaran sekarang ye!

Caliph Combo Pack, De romansion snowing cafe


Untuk maklumat lanjut boleh ke caliphkidsexpert.com

Post a Comment

1 Comments