Happy Chinese New Year kepada semua yang menyambut. Alhamdulillah cuti 3 hari walaupun disisi dengan tempahan kek tapi dapat juga curi-curi rehat dan nonton drama korea yang direkod hehehe..
Cuti jugalah baru sempat Kekny nak masak yang special sikit. Sebab family Kekny suka pasta jadi selalunya diorang request pasta je la. Senang nak masak kan.
Creamy prawns spaghetti ni mudah je nak buat. White creamy sos to boleh buat sendiri pakai resepi dari SINI atau boleh beli yang ready made dalam botol. Kita cuma perlu kreatif olah bahan apa nak masuk dalam tu. Kali ni boh udang seketoi seketoi. Dah jemu dengan ayam daging dan sebagainya.
Ok jom tengok resepi mudah ni.
SPAGHETTI UDANG SOS KRIM PUTIH
Bahan-bahan1/2 paket spaghetti
10 biji cendawan butang – dihiris nipis
500 gm udang – dibuang kulit dan belah belakang
1/3 buku mentega
1 cawan krim masakan
2 cawan susu segar - boleh juga pakai susu sepenuhnya
5-6 ulas bawang putih – dicincang halus
1 ulas bawang besar – dicincang kasar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji tomato – dicincang dadu
Beberapa tangkai daun herba sweet thymes – di cincang halus (boleh juga pakai herba thyme kering) atau apa sahaja herba itali yang ada hehe
1-2 sudu besar tepung gandum
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
2 biji tomato dipotong dadu
Air rebusan pasta secukupnya
keju parut secukupnya
Cara penyediaan
Panaskan air bersama sedikit garam. Rebus spaghetti sehingga al dente. Simpan air rebusan
Udang digaul sedikit garam dan sedikit herba itali
Panaskan kuali dan cairkan mentega. Goreng sekejap udang sehingga masak. Angkat dan ketepikan udang.
Dalam kuali yang sama, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu. Tambah butter jika perlu atau terlalu kering
Masukkan cendawan butang dan masak sehingga cendawan layu. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau sebati. Terus tuang krim masakan dan susu segar. Tambah sedikit air rebusan ikut kepakatan yang dingini. Boleh je nak tambah lebih susu dan krim. Kacau segera supaya tak bergentel dan sehingga pekat
Masukkan herba thyme cincang, garam dan gula secukupnya. Masukkan tomato yang dipotong dadu. Masukkan juga serbuk lada hitam.
7. Kacau sehingga agak pekat. Jika terlalu pekat boleh tambah sedikit air rebusan pasta tadi.
8. Hidangkan pasta kedalam pinggan. Susun udang dan curahkan kuah keatas pasta. Tabur keju parut dan siap!
2 Comments
Alahai sedapnyaaaa....saje jer Eny ni buat i tergoda
ReplyDeletesedap! nampak udang tu pulak. hehe
ReplyDelete