Lemon Poppy Seed Cake

Hai semua,

Lemon Poppy Seed Cake yang sedap ni memang keknya simple. Rasa Poppy seed tu takde la rasa sangat, cuma ianya memberi tektur yang rangup didalam kek. Sedap lah jugak kunyah biji popi yang crunchy tu...

Kek ni sedap digandingkan dengan lemon cream cheese frosting.. memang asyik saja kalau makan hehehe..

P2200848ed P2200863ed P2200901ed

RESEPI LEMON POPPY SEED CAKE

Bahan-bahan 
250 gm Butter
200 gm gula castor
2 biji lemon diparut kulit
4 biji telur saiz besar
280g tepung naik sendiri
4 sudu besar susu + 1 sudu besar jus lemon (biar selama 10 minit menjadi seperti buttermilk)
20gm Poppy seeds
Secubit garam

Untuk Saiz acuan 9 inci 4 segi. Saya pakai acuan 6 inci, dapat dua biji kek dan kemudian buat dua lapis


Cara 
Panaskan oven pada suhu 170C. Saya pakai 160C sebab oven saya panas.

Pukul butter dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Masukkan parutan kulit lemon dan garam

Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul berselang seli dengan campuran susu dan lemon jus.

Akhir sekali masuk poppy seed dan kaup balik adunan menggunakan spatula

Bakar dalam oven selama 40 - 50 minit sehingga masak.

Keluarkan, sejukkan atas redai dan simpan dalam peti sejuk sebelum dihias dengan cream cheese icing.

RESEPI FROSTING CREAM CHEESE LEMON

Bahan-bahan
250 cream cheese
2 sudu besar perahan jus lemon
1/2 cawan gula icing - boleh tambah ikut manis dan kepekatan icing

Cara 
Pukul cream cheese sehingga menjadi lembut tetapi tidak kembang

Masukkan jus lemon dan gula. Pukul lagi sekejap. Jangan terlalu lama pukul sehingga kembang kerana krim cheese akan cepat cair dan susah nak melepa diatas kek.

Jika terlalu cair boleh sejukkan sekejap dalam peti sejuk barulah dilepa keatas kek.


Post a Comment

5 Comments

  1. Salam eny
    Nak tanya pakai loyang saiz brpa ya?
    Thanks eny

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam terima kasih bertanya, saya lupa nak masukkan saiz hehehe
      Yang Saya pakai tu acuan 6 inci, dapat dua biji kek dan kemudian buat dua lapis. Kalau nak buat selapis boleh pakai size 9 inci

      Delete
  2. Ok. Thanks again eny :)

    ReplyDelete
  3. Salam eny...kalau tak nak letak poppy seed tu boleh tak?

    ReplyDelete