Trend Fesyen Remaja Terkini

Hai semua,

Walaupun saya ni bukanlah penggemar fesyen dan jarang mengikuti update fesyen tapi kadang-kala kena juga ambil tahu walaupun info basic je kan..  anyway jom tengok  trend fesyen terkini untuk remaja... sebab blog saya ni ramai pembaca dari kalangan remaja kan hehehe.. eh yg mana bukan kategori remaja tu pun boleh je baca hehehe

Trend Fesyen Remaja Terkini

Jika pada tahun-tahun yang sudah, industri fesyen tanah air pernah dimeriahkan dengan trend fesyen tribal prints, dan kemudian fenomena fesyen minimal, kini trend fesyen hipster pula melanda negara kita. Tentu sekali golongan muda dan remaja lah yang paling menggemari fesyen hipster ini hinggakan kita boleh lihat kemunculan rekaan-rekaan fesyen terbaru yang cukup unik muncul di pasaran. Antara trend fesyen remaja terkini yang cukup digemari dan kini trending adalah…

Wrap Blouse

Sebenarnya banyak lagi koleksi blouse terkini yang digemari oleh golongan remaja. Tapi, fesyen wrap blouse / wrap cardigan ini paling ramai penggemar dan sesuai digayakan dengan koleksi seluar mahupun skirts.

 

Oversized Shirts + Skinny Jeans

Ini bukanlah rekaan pakaian yang baru, namun kombinasi oversized shirts dan skinny jeans sememangya pakaian kegemaran ramai remaja dan ia memberikan keselesaan yang ideal sepanjang pemakaian. Sememangnya gaya kasual terbaik!


Jumpsuits

Begitu juga dengan koleksi jumpsuits yang kembali digemari ramai. Anda pastinya tahu bahawa koleksi jumpsuits telah mula dipakai sejak dahulu lagi namun trend ini kembali digayakan sejak akhir-akhir ini dan menjadi trending.

 

Outerwear (Jacket / Cardigan / Hoodie)

Dan trend fesyen remaja terkini yang seterusnya adalah penggayaan outerwear seperti jacket atau cardigan dan seumpamanya. Kini terdapat pelbagai rekaan outerwear terbaru seperti varsity jacket, kimono cardigan dan long cardigan untuk digayakan!

Post a Comment

7 Comments

  1. macam-macam fesen budak-budak zaman sekarang ni ye.

    ReplyDelete
  2. citarasa remaja....jangan sampai jadi hamba fesyen...

    ReplyDelete
  3. syira tak pernah tahu bab-bab fesyen sekarang ni. main sarung je. janji pakai baju dari tak pakai. hihi

    ReplyDelete
  4. berani , baru leh slmber dgn trend fesyen skrg...

    ReplyDelete
  5. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  6. fesyen x menjolok tu oke je., hehe2

    ReplyDelete