Kek Keju Bakar

Hai semua...

Mesti ramai yang sukakan kek keju. Kalau kek keju dijual kat cafe dan kedai bakery ni mahal ya amat. Sepotong dah dekat berapa belas ringgit kan. Apa lagi sebiji kek mesti dekat seratus lebih. Bagi penggemar kek keju, sebenarnya tak susah nak buat sendiri. Bahannya pun tak lah mahal sangat. Kalau peminat fanatik kek keju, tu mesti sanggup cuba buat sendiri kan! Jadi jom kita belajar buat kek keju mudah dan murah.

Kek keju ni ada dua versi ya. Ada jenis sejuk no-baked atau chilled dan jenis bakar. Selalu yang bakar menggunakan telur didalam adunan, manakala yang jenis chilled tidak menggunakan telur tetapi menggunakan gelatin supaya kejunya membeku dan set. Kalau nak resepi kek keju jenis no baked ni boleh check resepinya NO BAKE LEMON CHEESE CAKE dan NO BAKE CHEESE CAKE OREO IN JAR

PB271139ed

Kek keju blueberry hasil percubaan didapur hehehe. Alhamdulillah walaupun tak perfect tetapi teksture tu ada rasa kek keju di kedai cuma kurang rich sikit lah macam di kedai..

PB271160ed

Pastikan guna pes blueberry atau blueberry filling dan bukan jem blueberry ya. Sebab pes ni ada rasa sebenar blueberry berbanding jem yang rasa manis je lebih. Ada blueberry filing yang kalau harganya mahal tu memang masih terdapat buah bluebrry didalamnya, lebih sedap. Tapi kita kan nak buat kek keju yang murah je, jadi pakai filling biasa biasa je lah hehehe.. Kalau tak suka blueberry boleh gantikan dengan pes strawberry atau biarkan  kek keju tu kosong pun boleh je. Jadilah kek keju lemon hehehe...

PB271148ed

Resepi Kek Keju Bakar

Bahan-bahan (untuk acuan bulat 7 inci) 
250gm cream cheese (saya gunakan jenama Tatura), biarkan lembut sedikit pada suhu bilik
100 ml whipping cream - saya pakai Anchor UHT 
2 biji telur
3/4 cawan gula castor, saya guna 1/2 cawan sahaja
2 sudu besar tepung
1 sudu besar jus lemon, saya guna 1 sudu besar sunquick lemon (botol hijau)
2-3 sudu besar filling blueberry

Bahan lapisan biskut
150 gm biskut marie - saya pakai jenama Munchy's, Biskut tu kalau tak cukup boleh tambah, kalau terlalu banyak dan tebal boleh kurangkan
125 gm butter dicairkan


Cara penyediaan

Biskut marie dikisar halus menggunakan pengisar kering. Gaul dengan butter yang telah cair dan kacau rata. Ratakan kedalam spring form loose pan atau apa sahaja acuan yang boleh dibuka bahagian bawahnya. Tekan sehingga rata dan padat. Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam.

Oven dipanaskan pada suhu 150C. Letak dulang oven (dulang penahan minyak selalunya dibahagian bawah) di rak paling bawah oven. Lapis kedua paling bawah ialah rak besi untuk letak dulang kek.

Dalam mangkuk pemutar, satukan cream cheese, whipping cream, gula, esen vanila dan sunquick lemon. Putar sehingga sebati

Masukkan telur sebiji demi sebiji

Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul

Tuang adunan kedalam acuan yang telah diletakkan lapisan biskut marie tadi. Sudukan bluerrry filling sedikit keatas adunan, dan buat putaran pakai pisau. Buat sehingga habis blueberry filling (macam buat corak marble diatas kek)

Letak acuan berisi adunan kek diatas rak besi. Bahagian dulang bawah paling bawah pula tuang air panas mendidih tetapi jangan terlalu penuh sampai tumpah pulak. Ini akan menghalang lapisan biskut bawah tu hangus dan kek keju pula tak akan terlalu kering apabila dibakar. Kaedah bakar ni dipanggil bain marie.

Salah satu cara lagi ialah dengan membungkus bahagian bawah acuan kek dengan aluminium foil dan boleh letakkan terus didalam dulang berisi air.

Bakar lebih kurang 30-40 minit sehingga adunan kek masak. Nak tahu masak bila cucuk kek tester, tiada lagi cecair akan melekat, sebaliknya ada gumpalan kecil... maknanya dah ok la tu dan boleh stop oven.

Biar kek sejuk sendiri dalam oven sehingga betul-betul sejuk. Ini supaya kek tidak merekah dibahagian atas akibat perubahan suhu yang mendadak. Tengok kek saya ada retak sikit bahagian atas kerana tidak cukup sejuk dah keluar dari oven.

Masukkan kek didalam acuan kek terus ke dalam peti sejuk dan biarkan selama semalaman sebelum dikeluarkan dari acuan.

Boleh hias dengan filling blueberry diatasnya.

Kalau dah cuba resepi kek keju bakar blueberry ni share lah hasilnya ye :D

Post a Comment

18 Comments

  1. as always.. your bake look so gojess

    ReplyDelete
  2. Terliur,..sempurnanya kek keju Eny :)

    ReplyDelete
  3. Sedapnya tengok, terliur . Wuuu. saya share yea di fb. :)

    ReplyDelete
  4. SALAM kak eny yana memang nak try buat tapi selalu je tak cukup bahan.

    ReplyDelete
  5. Salam kak , nak tanya ni lapisan bawah tu memang kene letak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikutkan kek cheese ni agak creamy, jadi mmg kena ada dasar lapisan biskut tu untuk balance kan rasa lemak dan masam cheese...

      Delete
  6. t kasih syer resipi, sy br jumpa blog puan & berkenan dgn resipi2 yg kebanyakannya simple tp sedap..

    ReplyDelete
  7. nk tanya tepung apa yg di guna?

    ReplyDelete
  8. nk tanya tepung apa yg digunakan?

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum, nak tanya gula tu pakai gula apa ye?

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum, gula apa ye yg digunakan?

    ReplyDelete
  11. Thanks kak eny. Saya Baru buat cheesecake ni, sedap :D

    ReplyDelete
  12. Yang ni pun nak try juga cuma mmg kat pekan kecil ni tiada jual blueberry filling, so maybe kena tukar try dgn coklat masakan kot ... Will try soon ...

    ReplyDelete