Hai semua,

Jom makan panjeon! Hehehehe sedap tau!

PA070334ed 

Ni kali kedua buat Korean Pancake atau Panjeon ni. Saya suka rasa dia ala ala macam cucur udang tapi sangat lembut digabungkan dengan keharuman daun kucai.

PA070325ed

Sebelum ni dah pernah buat resepi ni. KLIK SINI. Tapi saya buat menggunakan daun bawang. Rasanya kurang flavour sikit. Yang guna daun kucai ni lebih sedap dan beraroma. Daun kucai goreng tu memang sedap baunya!

Resepi cukup mudah. Jom cuba buat resepi korean pancake!

PA070342ed

Resepi Korean Pancake

Bahan-bahan 
1 1/2  cawan tepung gandum
2 biji telur
Udang, direbus sekejap dan dibuang kulit dan dicincang isinya
Daun kucai – dipotong. Kuantiti kena banyak. Lebih banyak lebih sedap!
1 sudu besar gula - saya tambah
Sedikit garam
Bijan panggang untuk tabur
Air secukupnya.

Sos Kicap 
Kicap pekat
Sos cili thai
Sedikit air
Bijan panggang



Cara penyediaan

Campurkan semua tepung, telur dan air dalam mangkuk. Kacau rata. Masukkan juga sedikit garam dan gula. Air kena masukkan sedikit demi sedikit untuk adjust kepekatan adunan.

20151007_184721ed

Lebih kurang macam ni kepekatanya. Masukkan isi udang yang telah direbus dan dicincang

20151007_184955ed

Masukkan separuh dari daun kucai
20151007_185019ed

Kacau rata
20151007_185059ed

Dalam kuali, panaskan sedikit minyak. Masukkan sedikit daun kucai kedalamnya. Goreng sebentar sahaja.
20151007_185236ed

Masukkan sesenduk adunan tepung kedalam kuali panas berisi minyak daun kucai tadi, dan ratakan ketepi sampai jadi lempeng.
20151007_185421ed

Terbalikkan pancake.Masak disebelah bahagian lagi sehingga garing. Bolehla diangkat. Ulang buat sehingga habis tepung. Untuk sukatan tepung saya ni dapat 2 keping pancake berukuran 7 inci.

20151007_185808ed