#Cabaran20Hari Pengalaman Main Mercun Masa Raya

Kenangan bermain mercun masa kecil memang banyak. Bukanlah mercun yang merbahaya. Mercun biasa biasa je sebab arwah ayah memang tak benarkan main. 

Masa tu arwah ayah memang kawal ketat bunga api dan bermain mercun. Ayah cuma belikan bunga api bermacam jenis. Kemudian setiap malam sebelum raya, dia akan bagi sedikit-sedikit kepada kami untuk bermain. Banyak pantang larang jugaklah ayah letak. Tak boleh buang tangkai bunga api merata, tak boleh pijak dan sebagainya. Semuanya demi menjaga keselamatan kami. Arwah ayah memang tak biarkan kami main sesuka hati. Sebab tu saya pelik, kenapa sekarang ada kanak-kanak kecil yang cedera akibat bermain mercun. Adakah kerana tak diberi perhatian oleh ibu bapa?


Budak-budak sekarang untung sebab ada macam-macam jenis bunga api dan mercun. Tapi yang tak best ada juga yang berani buat mercun sendiri. Ishh bahaya dik.

Apa pun kenangan bermain mercun dan bunga api memang best!. Tapi kaau suruh saya main sekarang ni memang tak lah sebab rasa takut pulak hehehe...

Post a Comment

1 Comments

  1. Me too, i dont think i can go with mercun and adopting a 'better than sorry’ approach to avoid any unwanted incident.

    ReplyDelete