Raya dulu-dulu memang meriah. Siapa tak setuju sila jangan beraya tahun ni hehehe..
Memang tak dinafikan, raya paling meriah adalah semasa zaman kanak-kanak. Dikala usia masih belum kenal erti apa itu masalah dunia, masalah percintaan, masalah kewangan. Apa yang kita fikirkan masa tu cuma nak seronok dan paling penting nak dapatkan duit raya sebanyak mungkin.
Anak buah DH.
Lokasi : Rumah Mak Mentua.
Gear : Samsung Duos
Kemeriahan raya dirasakan seawal seminggu sebelum raya. Memang sibuk masa tu nak pasang pelita setiap malam. Saya selalu minta arwah ayah belikan minyak gas (minyak tanah) untuk isi dalam pelita. Sekali pasang adalah dalam 30 biji pelita. Kawasan rumah di kampung masa tu luas pula. Bila dah pasang pelita mestilah seronok bermain mercun dan bunga api. Masa tu arwah ayah memang kawal ketat bunga api dan bermain mercun. Ayah cuma belikan bunga api bermacam jenis. Kemudian setiap malam sebelum raya, dia akan bagi sedikit-sedikit kepada kami untuk bermain. Banyak pantang larang jugaklah ayah letak. Tak boleh buang tangkai bunga api merata, tak boleh pijak dan sebagainya. Semuanya demi menjaga keselamatan kami. Arwah ayah memang tak biarkan kami main sesuka hati. Sebab tu saya pelik, kenapa sekarang ada kanak-kanak kecil yang cedera akibat bermain mercun. Adakah kerana tak diberi perhatian oleh ibu bapa?
Dulu-dulu pada hari raya, seawal habis orang solat aidilfitri, saya dan adik adik akan berjalan keliling kampung. Masa tu kami betul-betul beraya sakan. Pakai baju baru dan melaram dengan kasut dan beg raya. Ketuk pintu dari rumah ke rumah, dihidangkan pelbagai jenis kuih, rendang dan ketupat. Kami tetap jamah walau sedikit. Tak ada istilah datang hanya nak kutip duit raya. Memang beraya betul-betul hahahaha...
Memang seronok raya dulu-dulu kan. Kalau dibandingkan dengan sekarang, walaupun keadaan dah berubah, saya tetap rindukan suasana raya dulu-dulu. Terutamanya kenangan raya bersama arwah ayah, tok dan tokwan.... :)
2 Comments
Kenangan zaman kanak-kanak memang manis...
ReplyDeleteKak Eny punya gambar..nak win aja..ahha.. mujur tak tertipu..kekeke
ReplyDelete