Sup Ketam Kesukaan DH

DH kalau datang Kedah suka beli seafood. Katanya seafood disini murah. Jadi kalau dia balik Kedah, saya selalu ke Kuala Kedah mencari seafood dan ikan ikan segar untuk dimasak.
P5303450ed

DH ni simple je, apa saya masak dia makan je. Sedap ke tak sedap dia makan. Kadang-kadang sampai kena tanya berkali kali, sedap ke tak ni? sedap ke? tak sedap ke? saja annoying kan, sebab nak kepastian. Susah sangat nak puji baik bertanya heheheh. Kalau dia makan sambil pejam pejam mata tu kira sedap sangat lah. Tapi tetap nak dengar pujian jugak kan :D

Ok resepi sup ketam ni sangat lah simple sampai nak bagi resepi pun malu. heheh.. Yang penting kena pakai ketam segar barulah manis kuah dan isinya.

Tips sup ketam yang sedap, masa nak tumis tu tumis sekali tomato yang dihiris nipis. Ketam tu pula ketuk kan sikit bahagian kakinya supaya retak supaya senang nak makan nanti.

20150530_130403

P5303463ed

Resepi Sup Ketam Bersama Cendawan

Bahan-bahan :
4 ekor ketam - buang cengkerang atas yang keras tu
Cendawan tiram secukupnya
1 ulas bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
1 biji tomato - dihiris
1 inci halia - dihiris
2 batang serai
1 sudu besar ikan bilis (dalam 8-10 ekor)
Daun sup dan daun bawang
Air secukupnya
2 sudu besar minyak

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, serai dan juga tomato. Tumis sehingga wangi dan tomato tu lembut dan sedikit hancur. (Tips nak sedapkan kuah letak tomato dalam tumisan)

Masukkan air, ikan bilis dan didihkan

Masukkan ketam, garam dan serbuk perasa jika suka.

Masak sehingga mendidih dan kemudian masukkan cendawan. Masak sekejap lagi dan siap!

Tabur daun bawang dan daun sup semasa menghidang

Post a Comment

14 Comments

  1. sup ketam...my favorite
    #clickclicknufnang

    ReplyDelete
  2. walaupun khaty tak makan ketam,tapi masakan eny sangat menyelerakan

    ReplyDelete
  3. arkghhhhh ketam pula....ngidam...

    ReplyDelete
  4. errmm... sllluurrrppp...!! sedapkan hirup2 sup ketam.. kalau ketam fresh memang manis jadi supnya.. :) ain pun kalau masak sup ketam mesti letak lain2 benda mcm kentang, carrot, cendawan... hehehehee.. boleh ratah2 je nanti.. :)

    ReplyDelete
  5. perhh ketamm hhiiihhii sedap ni anak2 suka

    ReplyDelete
  6. sedapnye lah ketam...lama tak makan...

    ReplyDelete
  7. Adoiii...ini memang menggugat selera ni....sedapnya....hadap ni je xcyah mkn nasi de...confirm kenyang...

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum eny...wah sedapnya...sejuk2 ni dpt mkn sup ketam ni mesti sedap...:)

    ReplyDelete
  9. Anonymous04 June, 2015

    Sedap sup ketam :-)

    ReplyDelete
  10. Uhh lamanya rasa tak rasa dan buat sup ketam ni.
    Leceh sikit nak makan ketam sbb nak kena kopak cengkerang .. hoho ...

    Err tetiba rasa nak makan ketam lembut .. hoho

    ReplyDelete
  11. Blog Eny owesome! kualiti gambar cantik..resipi enak dan lazat..bulan puasa memang jadi suatu dugaan bila datang waktu siang..

    ReplyDelete
  12. ooo..tumis hirisan tomato sekali, kena try ni.

    ReplyDelete