DH kalau datang Kedah suka beli seafood. Katanya seafood disini murah. Jadi kalau dia balik Kedah, saya selalu ke Kuala Kedah mencari seafood dan ikan ikan segar untuk dimasak.
P5303450ed

DH ni simple je, apa saya masak dia makan je. Sedap ke tak sedap dia makan. Kadang-kadang sampai kena tanya berkali kali, sedap ke tak ni? sedap ke? tak sedap ke? saja annoying kan, sebab nak kepastian. Susah sangat nak puji baik bertanya heheheh. Kalau dia makan sambil pejam pejam mata tu kira sedap sangat lah. Tapi tetap nak dengar pujian jugak kan :D

Ok resepi sup ketam ni sangat lah simple sampai nak bagi resepi pun malu. heheh.. Yang penting kena pakai ketam segar barulah manis kuah dan isinya.

Tips sup ketam yang sedap, masa nak tumis tu tumis sekali tomato yang dihiris nipis. Ketam tu pula ketuk kan sikit bahagian kakinya supaya retak supaya senang nak makan nanti.

20150530_130403

P5303463ed

Resepi Sup Ketam Bersama Cendawan

Bahan-bahan :
4 ekor ketam - buang cengkerang atas yang keras tu
Cendawan tiram secukupnya
1 ulas bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
1 biji tomato - dihiris
1 inci halia - dihiris
2 batang serai
1 sudu besar ikan bilis (dalam 8-10 ekor)
Daun sup dan daun bawang
Air secukupnya
2 sudu besar minyak

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, serai dan juga tomato. Tumis sehingga wangi dan tomato tu lembut dan sedikit hancur. (Tips nak sedapkan kuah letak tomato dalam tumisan)

Masukkan air, ikan bilis dan didihkan

Masukkan ketam, garam dan serbuk perasa jika suka.

Masak sehingga mendidih dan kemudian masukkan cendawan. Masak sekejap lagi dan siap!

Tabur daun bawang dan daun sup semasa menghidang