Ibu Mengandung Kelaparan Di Belakang Office

Hai semua... 

Tadi saya lunch di office. Order in. Sebab busy yang melampau sejak balik bercuti. Saya malas nak keluar makan atau balik rumah. Kalau keluar, dengan parkingnya, dengan jam nya... panas lagi...

Lepas habis makan (dah licin tak bersisa).. tiba-tiba terdengar suara halus dari pintu belakang pantry office. Kucing rupanya. Selalunya saya tak risau sangat sebab kedai makan di sebelah, ada kakak selalu beri makanan. Tapi ni kucing baru dibuang agaknya. Di tak tahu mana nak cari makanan sebab masih baru dengan kawasan tu. Saya tengok dia.. dia tengok saya.. kami bertentang mata..

BeautyPlus_20150603151907_save

Tau-tau je saya menangis. Dia menangis minta makanan, sambil jenguk dicelah gril, mata dia sekali sekala jatuh kat tong sampah tepi pintu. Saya juga menangis sebab tak tahu nak bagi apa. Memang tak ada stok makanan yang sesuai untuk kucing di pantry tu selain biskut, buah, kopi, milo, dan teh. 

Saya tengok tong sampah, buka balik plastik makanan saya, memang licin habis. Ada tulang ayam sahaja masih ada sedikit isi. Saya bagi dia. Dia dapatkan tulang ayam tu. Lepas tu dia tinggalkan dan datang kepada saya balik. Tengok saya lagi. Seolah-olah bercakap, yang itu tak cukup untuk dia.... dan anak anak yang dikandungnya.. ya kucing tu bunting. Perut besar dah sarat sangat. Saya hanya mampu menangis. Nak keluar beli makanan, saya ada appointment sekejap lagi. Saya cakap dekat dia, jangan nangis, esok mummy (panggilan selalu bahasakan kat kucing di rumah) bawakan makanan (cat food) okay. Esok datang lagi okay. Seolah macam memujuk budak kecil. Dalam hati berdoa agar dia tahu minta dari kakak kedai sebelah yang selalu bagi makanan. Tak apa lah, kejap lagi habis hal kerja, keluar sekejap cari dia. Dengan berat hati saya tinggalkan dia yang masih menunggu kat grill pintu. huhuhu.. Dalam hati berdoa, semoga ada lah rezeki dia untuk makan. Kesian sangat.

BeautyPlus_20150603151923_save

Saat nak buka pintu pantry masuk ke dalam pejabat, entah kenapa tiba-tiba saya baru teringat, ada sebalang baki keropok ikan dari hamper chinese new year lepas masih belum habis. Tak ada siapa yang makan sebenarnya keropok tu. Saya ambil dan cuba bagi. Dia makan dengan lahapnya. Sebiji demi sebiji. Saya bagi dekat 10 ke 12 biji. Esok saya bawa cat food dari rumah dan bagi keropok ni lagi. Terima kasih ya Allah kerana mendengar doa dan ritihan saya dan memberi rezeki kepada kami berdua.

Life saver, keropok ikan. 
BeautyPlus_20150603152015_save

Alhamdulillah.

Geram juga dengan sikap manusia ni. Suka buang kucing betina. Asal ada je anak kucing baru lahir yang betina dibuangnya. Dah bela kucing elok-elok asal mengandung je dibuang. Kucing jantan asal mula galak dan mula pancut sana sini di buang.

Solusi mudah je nak buang kucing. Cuba cari solusi lain. Di internet banyak kaedah dan cara nak kawal pembiakan kucing, nak kurangkan kucing pancut / berak merata. Kalau nak cari panduan lain pandai pulak.

Rumah saya ada 4 ekor kucing betina, semuanya disuntik hormon pencegah bunting setiap 3 bulan. RM15 seekor untuk 3 bulan. Buat je di klinik haiwan kerajaan. Jangan suka membela tapi tanggungjawab tak ada.

Kesian kucing tak bersalah hanya kerana malas dan kejamnya manusia tu. 

Saya tengah fikir nak adopt ke kucing ni ... sebab di rumah dah ada 8 ekor stray cats. Atau kalau ada yang nak adopt boleh email enyabdullah@gmail.com. Saya sanggup hantar sekitar negeri Kedah ni.

Post a Comment

10 Comments

  1. ciannya kucing tu...nak nangis baca entri eny ni. KG klu kucing..memang mudah nak kesian...

    ReplyDelete
  2. Alahai...sedih plak SA baca entry ni...itula..sedangkan kita ni ada perasaan belas pd binatang...yg buang anak tu...lgsung xde otak kan...

    ReplyDelete
  3. Bagusnya ada insan mulia kasihkan hiawan bernama Eny Abdullah.. harap ramai lagi seperti Eny, Dan.. kalau nak dapatkan rumah kucing selesa untuk kucing kesayangan..contact pcl :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah ada yg masih ada hati :') Tahniah !

    oh anda ditag http://theathra.blogspot.com/2015/06/free-movie-ticket-giveaway-by-redbellas.html

    ReplyDelete
  5. Anonymous03 June, 2015

    Akak pun suka kucing, mudah kesian, kita samalah :-) saya suka baca cerita akak :-)

    ReplyDelete
  6. betul tu.. kalo kucing tu da biasa duduk rumah n makan semua trjaga tiba2 dibuang.. mmg seksa dia nak adapt..

    ReplyDelete
  7. alamak aih kesiannya. kalo ana tengok muka kucing tu cmtu pon knfem meleleh ayaq mata. hurmm Alhamdulillah ada keropok ikan..

    ReplyDelete
  8. sy selalu restock makanan kucing dalam kereta.. sbb nanti terserempak dengan kucing2 takut takde makanan nk bagi.. kesian kucing yg kena buang..

    ReplyDelete
  9. ciannya , anak bulus bunting lak tu, murah rezeki eny..amin.

    ReplyDelete
  10. Alo comelnya je die. Tempat saya ada je kucing. Sye suke kucing tapi x boleh nak membela. Kwsan yang tidak membenarkan. Tambahan pula takut aniaya dia.

    ReplyDelete