#Cabaran20Hari Apa Erti Puasa Pada Anda

Hai semua,

Masuk hari ni dah 10 hari kita berpuasa. Sekejap je kan masa berlalu sekarang.

Puasa ni banyak definasinya kan. Dan yang paling sinonim ialah menahan diri dari lapar dan dahaga, menahan diri dari nafsu dan dari melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang. Selain daripada maksud dan pengertian puasa itu sendiri, apakah erti puasa pada anda?

DSC09804
Kuih Ketayap - Gambar sekadar hiasan
Puasa ialah satu cara to give the body a rest, dan menyucikan fizikal dan kerohanian (spiritually). Puasa juga adalah satu cara medidik jiwa untuk menahan diri dari perkara yang dilarang.

20140523_132356ed
Beef Spaghetti - Gambar sekadar hiasan
Puasa ialah makan sekali duduk semeja bersama keluarga. Kalau hari lain, kita selalu makan berasingan disebabkan kesibukan berkerja. Tetapi bulan puasa, hampir setiap hari kita berbuka dan makan sekali di meja. Bagi yang puasa lah, yang tak puasa memang tak dapat join makan semeja. :D

Laksam2
Laksam - Gambar sekadar hiasan
Puasa ialah bertukar-tukar juadah dengan jiran tetangga. Masa puasa lah kita dapat merasa air tangan jiran. Selama ni dapat bau je masakan dia hehehe... Masih ingat ketika zaman kanak-kanak, saya dan adik selalu ditugaskan untuk menghantar makanan ke rumah jiran sebelah rumah, yang ditepi rumah, yang dibelakang dan juga di depan. Masa tu lah rasa malas sangat nak keluar hantar sebab waktu petang bulan puasa aktiviti cuma satu iaitu tidur sahaja hahaha.. 

Nasi Kerabu
Nasi Kerabu Dari Pasar Ramdhan 
Puasa ialah berlumba membeli juadah di pasar ramadhan. Hampir setiap hari berkunjung ke pasar ramdhan pada bulan puasa. Kalau dulu masa kecil, nak beli makanan di bazar, selalu tak ada duit, cukuplah dapat beli sebungkus air soya dan tau fu fah. Pasar ramdhan sekarang pun dah banyak berubah seiring perubahan masa. Banyak pilihan juadah sampai rambang mata dibuatnya. Sebab tu lah kita end up balik pasar ramadhan dengan berbungkus-bungkus makanan yang kononnya dapat dihabiskan semasa berbuka. 

agar agar coklat1
Agar-Agar Coklat - Gambar sekadar hiasan

DSC00032
Teo O Ais laici - Gambar sekadar hiasan
Puasa ialah dessert dan beraneka jenis air. Masa bulan puasa nil ah kita banyak membeli atau buat sendiri kuih muih, pudding, agar-agar, pelbagai jenis air berwarna-warni terhidang diatas meja. Dan percayalah, walaupun beraneka jenis, berlainan warna, rasanya sama sahaja hehehe..

Puasa ialah kemerduan bunyi mercun menghiasi malam-malam anda.  Kalau dulu, bunyi mercun kedengaran hanya apabila seminggu menjelang raya. Main pula selepas balik dari terawikh di surau. Tetapi sekarang seawal seminggu puasa sudah kedengaran bunyi mercun bersahutan seiring surah-surah dibaca imam sewaktu tarawikh di surau. Boleh tersasul bacaan tok iman dibuatnya dengan letupan tu. Budak-budak sekarang memang tak reti nak menghormati waktu solat tarawikh. 

P2100231ed
Ikan Masak Taucu - Gambar sekadar hiasan
Puasa ialah berhimpit-himpit di shopping kompleks dan pasaraya membeli keperluan raya. Mengharungi traffic jam dan ribuan umat manusia semata-mata nak beli sehelai tudung atau baju melayu. Masa ni lah offer dan promosi habis-habisan ditawarkan dan masa nil ah duit banyak habis. Walaupun promosi harga murah tetap duit banyak mengalir keluar huhuhu

DSC03275e
Biskut Coklat Chip - Gambar sekadar hiasan
Puasa ialah kuih Mazola, kuih Semprit, dan sekarang upgrade sikit ke Almond London hehehe.. Kuih Mazola dan Semprit, kuih yang selalu saya buat pada bulan puasa untuk menyambut ketibaan aidilfitri. Kuih yang wajib buat setiap tahun sebab bahan-bahan nya pun murah dan nak buat pun senang. Tak berbaloi membeli sebab buat sendiri terasa lebih kepuasanya. Sekarang ni bila dah bekerja dapatlah upgrade sikit ke Almond London, Cornflakes dan macam-macam lagi. Tapi yang dua tu tetap tak lupa..

DSC00253
Bubur Lambuk Oat Ayam - Gambar sekadar hiasan
Puasa ialah bubur lambuk. Bubur lambuk hanya boleh didapati di bulan puasa sahaja. Bila puasa ni kita disarankan berbuka dengan makanan yang mudah dicerna. Maka bubur lambuk ialah menu sesuai untuk berbuka. Teringat lagi keenakan bubur lambuk arwah Tok dahulu. Diletak udang, santan dan kemudian tabur bawang goreng dan daun sup. Sedapnyaaa...

Apa lagi ya erti puasa bagi saya, itu sahaja lah rasanya. Apa pun erti puasa kita, jangan kita lupa pengertian sebenar-benarnya puasa itu, kebaikan dan fadilatnya kerana setiap amalan dan ibadah kita pada bulan ini ganjaranya ialah berlipat kali ganda dari bulan-bulan yang lain.. Bulan ini dimuliakan kerana pada bulan Ramdhan lah Allah SWT menurunkan kitab suci Al Quran. Puasa  dan amalan di bulan Ramadhan untuk mendapatkan ketaqwaan dan keredhaan Allah.

Selamat berpuasa semua.

P/s : Jika anda berjaya mengharungi semua gambar diatas dengan penuh kesabaran, maka anda dah kenal apa erti puasa itu. Syabas :D

Post a Comment

7 Comments

  1. Hahaha..semua tu betul2 erti puasa yang dalam maksudnya, hehe apa jua sekali pun still tergugat iman tengok makanan diatas. So mohon kurangkan gambar makanan..hahah sebab dah hilang sabar ni, hehe

    ReplyDelete
  2. Hehe...dahsyat kak eny...foodporn abiss...baru jam 12 kak enyyy!!!!
    Apa pon kak eny memang awesome
    #cabaran20hari
    #exchangefeedgroup
    #kelabbloggerbenashaari

    ReplyDelete
  3. puasa adlh mkn, mkn n mkn..ahha

    ReplyDelete
  4. Ya ..puasa mengeratkan hubungan sesama insan baik dalam keluarga, persahabatan dan juga masyarakat.

    Tapi apa erti kalau masuk blog Eny dalam bulan puasa...jhahaha buat air liur meleleh-leleh aje..hemm.

    by the way, suatu tarikan blog yg sangat owesome ! Tahniah.

    ReplyDelete
  5. Saya sedang berpuasa InsyaAllah

    ReplyDelete
  6. Wah seronok bila bacasambil tgk gambar dimalam hari hehehehe..tanak dtg blog eny siang hari terpengaruh hahahaha

    ReplyDelete
  7. wahhh...mmg menggugat jiwa baca post eny ni..diselang seli food yg sedap2..hee..selama berpuasa!

    ReplyDelete