Mentarang ialah sejenis siput laut yang hidup di tepian pantai berlumpur seperti di pantai di sekitar Kedah dan Perlis. Rasanya memang sedap dan lemak. Jikalau pandai masak, iaitu tak terlebih masak isinya, rasanya macam cair dalam mulut.. sedappp..

P4102152ed

Mentarang selalunya lebih sedap dibakar. Tetapi sebab tak cukup arang di rumah, maka kukus je lah. Rasa dia tetap tak berubah. Cuma kalau rebus biasa mungkin tak berapa sedap dan kurang manis.

P4102145ed

Sekilo hanya RM 15 bagi mentarang bersaiz besar dan RM12 bagi yang bersaiz sederhana. Ni dibeli di Kuala Perlis, dijual di tepi pantai sepanjang jalan.

Kuala-Perlis

Mentarang yang sudah dibersihkan. Kena pakai berus bersih untuk buang selut dan lumpur disekeliling badan mentarang. Ada sebabnya penjual tak bersihkan siap-siap selut tu. Satu sebab nak kekalkan kesegaran mentarang hidup  dan selut tu akan jadi agen penyejuk semulajadi kepada mentarang, jadi tak lah cepat busuk.

P4102108ed

P4102160ed


Resepi Mentarang Kukus

Bahan-bahan :
Mentarang secukupnya - dibersihkan sehingga putih luar dan pancutkan sedikit air kebahagian dalam
Beberapa batang serai di pecah-pecahkan
Sedikit halia
Perahan lemon atau jus limau nipis
Daun sup dipotong kasar-kasar
Sedikit sos ikan

Cara :
Campurkan semua sekali dan curahkan ke dalam mentarang.

Kukus sehingga mentarang masak. Mentarang ni selalunya tak akan terbuka luas apabila masak. Tak macam kupang atau kepah. jadi kena berhati-hati agar tak terlebih masak nanti tak sedap pula.