Puding PolkaDot!


Sesuai lah kan untuk cuaca panas sekarang. Nak makan yang sejuk-sejuk je. :D

Resepi ni cukup simple. Boleh buat untuk parti harijadi kanak-kanak, atau untuk tetamu yang nak datang. Cuma perlukan beberapa bahan saja.


P3061159ed P3061135ed P3061112ed

Resepi Puding Polkadot 

Bahan-bahan :

Sebungkus jelly perisa buah pelbagai warna
1 kotak susu kacang soya bersamaan dengan 1 liter - kalau tak suka kacang soya boleh pakai susu kotak biasa tapi kena tambah lebih gula supaya manis sedikit lah :)
3 sudu besar gula
1 paket serbuk agar-agar (anggaran sepeket untuk 900ml air)

Cara-cara :

Sejukkan jelly perisa buah terlebih dahulu. Kemudian keluarkan jelly dari pembungkusnya. Buang air berlebihan tu.
Panaskan susu kacang soya dan gula sehingga larut. Masukkan serbuk agar-agar sedikit demi sedikit sambil kacau susu tu. Sambil kacau biarkan mendidih. Tutup api. Sejukkan sekejap.

Dalam acuan susun jeli mengikut kreativiti di dasar acuan. Kalau pakai acuan rata berbentuk empat segi baru nampak cantik polka dot nye tu :)

Tuang agar agar suam tadi perlahan lahan sehingga hampir 3/4 acuan.  Masukkan lagi jelly sehingga agar-agar penuh dalam acuan. Boleh juga buat dua bekas jika acuan terlalu kecil :D

Sejukkan selama beberapa jam sebelum dipotong

20150306_152605 20150306_155118 20150306_155056

Post a Comment

7 Comments

  1. Nampak sedap + kreatif! Nice one. Budak-budak confirm suka makanan pudding ni.

    ReplyDelete
  2. ek'eh... comel ler plak tgk puding ni. rajin nah eny masak taw. solute. zie kemalasan...haha

    ReplyDelete
  3. terliur pulak petang2 nih...nk copy resipi nih

    ReplyDelete
  4. ala.. saya x suka sumi2 ni... xtahulah, x kena tekak. tapi nampak sedap lak tengok puding tu.. T__T

    ReplyDelete
  5. Nampak macam senang jer kan....tp SA ni bab renyah macam ni memang x reti sgt...

    ReplyDelete
  6. Rasa gerammmmmm je tengok puding polkadot tu. haha

    ReplyDelete