P3271708ed

Kacang Kelor atau nama saintifiknya Moringa Oleifera Muggai atau ada yang panggilnya ramunggai. Disebelah utara sini dipanggil Munggai saja. Ianya sejenis kacang atau sayur-sayuran dan sangat sedap dibuat kari, gulai atau masak lemak. Selain buah, daun munggai juga sedap dibuat masak lemak putih bersama ubi keledek manis. Munggai ni memang kegemaran kaum india. Ianya tinggi kandungan khasiat dan vitamin dan ada agen anti penuaan.

Rasa munggai ni memang sedap bagi penggemar dan yang tau cara nak makan. Muggai ni keras kulit luarnya. Tapi isi dalamnya sangat lembut macam jelly bila dimasak. Cara nak siang munggai ni ialah dengan menyiat kulit keras bahagian luar tu dan potong pendek. Bila nak makan, hisap dan sedut isi lembut didalam, tinggallah kulit luar yang keras tu sebagai hampas. Jangan makan dengan kulit-kulit sekali sebab kulit tu memang kerasss heheh..

20150327_123255

Munggai selepas disiang....
20150327_124816ed

Udang ketak atau udang lipan tu memang sedap digandingkan sekali dengan munggai ni. Udang jenis ni sebenarnya isi dia tak banyak dan tebal sangat macam udang biasa. Tapi isinya rasa macam ketam. Memang sedap!. Macam ketam juga, kalau tak kena musim, isi udang ni akan kurang dan sikit. Ada masa yang sesuai isinya akan banyak. Orang kata selalunya waktu bulan penuh.. betul ke? Apa pun udang ni dibuat kari memang sedap. Kuah kari tu jadi lebih sedap dari menggunakan udang biasa. Sedap hisap isi udang ketak tu dari dalam kulit hehehe…

P3271690ed

Ok lah resepi ni cukup simple. Macam buat kari biasa je. Kali ni saya pakai rempah Babas Kari Ikan dan Udang Pedas.

P3271711ed


Resepi Kari Munggai dan Udang Ketak 

Bahan-bahan :
Munggai – disiang kulit kerasnya dan dipotong
Udang Ketak atau Udang Lipan secukupnya
2 paket kecil serbuk rempah Babas untuk Kari Ikan dan Udang Pedas – dibancuh dengan sedikit air dan bahan kisar.
1 cawan santan
Daun kari
Sedikit minyak untuk tumis
Air secukupnya


Bahan tumbuk / kisar
3-4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Kisar semua bahan dan bahagi dua bahagian, satu untuk tumis, dan satu bahagian lagi dibancuh bersama rempah kari


Cara :
Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan daun kari. Kemudian masukkan bancuhan rempah yang dicampur separuh bawang kisar.
Masak sehingga rempah garing dan naik minyak.
Masukkan air dan munggai. Masak seketika munggai sehingga lembut.
Masukkan santan dan tunggu sehingga mendidih. Perasakan garam secukup rasa.

Bila mendidih, masukkan udang, kacau dan masak sekejap. Siap!