Ikan kembung atau temenung ni banyak betul sekarang. Di Kuala Kedah hari tu ikan kembung dilelong pada harga RM 1 sahaja sekilo. Dan baru-baru ni saya ke Kuala Kedah lagi cari ikan dan seafood fresh. Dapat beli ikan temenung ni dengan harga RM3 sekilo. Ikannya memang fresh memang sedap kalau buat apa pun walau sekadar rebus atau bakar.
Sayuq ikan utara ni macam singgang tapi ditumis. Cuba lah.
Sayuq ikan utara ni macam singgang tapi ditumis. Cuba lah.
Resepi Sayuq Ikan Utara
Bahan-bahan :
4-5 ekor ikan kembong / temenung
3 ulas bawang putih -dihiris nipis
2 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang besar - dibelah
2 inci halia - dihiris nipis
2-3 biji cilipadi
1 batang serai
2-3 keping asam keping
1 helai Daun limau purut - jika suka
sedikit suun
Cendawan / tauhu / foocuk
Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
Masukkan air dan tunggu hingga mendidih.
Masukkan air dan tunggu hingga mendidih.
Masukkan ikan, bawang besar, cendawan dan masak sehingga masak.
8 Comments
awat mcm senang sangat ni T_T
ReplyDeletesy pon suka masak cenggini...terutama bila ada ikan termenung....my peberet...hhehehehe
ReplyDeletesedapnyaaa :)
ReplyDeleteYummy Yummy..
ReplyDeletejernih betul kuahnya.. tak nampak macam ditumis pun.. hehehe
ReplyDeleteCantik sangat la presentation dari Kak Eny. Makanan nampak sedap (memang sedap pun)
ReplyDeletemurahnya harga ikan ni Eny, kak ana panggil pelaling, kalau kat sini paling murah pun rm7-8 sekilo.. lebih kurang masak pindang kan :)
ReplyDeleteassalamualaikum eny...simple tapi sedap ni...:)
ReplyDelete