Resepi Kebab Simple

Entri Resepi Sandwich Kebab saya di SINI mendapat rating view yang agak tinggi. Jadi saya buat semula resepi ni dan kali ni guna roti pita atau ada yang panggil roti arab. Cukup senang nak buat kebab ni sebab inti dagingnya cuma pakai daging burger jenama Ramly, sayuran dan sos. Sayuran tu boleh pelbagai, nak pakai sayur campur yang forzen atau apa sahaja :)

P1301786ed P1301771ed P1301784ed 

Resepi Kebab Simple

Bahan-bahan :
5 keping roti pita - dibakar tanpa minyak sekejap diatas kuali. Kemudian dibelah 2 dan buat poket ditengah untuk masukkan inti
Daun salad dan hirisan lemon.

Bahan-bahan inti kebab: 
5-6 keping daging burger jenama Ramly - dipotong dadu
3 ulas bawang putih  - dicincang
1 biji timun jepun - dipotong dadu
1 capsicum saiz kecil - dipotong dadu
1 batang carrot - dipotong dadu
1 bawang besar  - dipotong dadu
2 biji tomato - dipotong dadu
5-6 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
Sedikit sahaja minyak untuk menumis

Cara-cara :

Tumis bawang putih dan masukkan daging burger yang dipotong dadu

kebab11

Goreng sehingga garing. Kadang-kadang daging burger ada keluarkan minyak lebih. Cedok minyak keluar jika terlalu berminyak. Kemudian  masukkan sos cili, sos tiram, kicap dan lada hitam.


  kebab2

Masukka semua jenis sayuran

 
kebab3

Masukkan sedikit air dan masak sehingga sayur lembut dan air kering

  kebab4

Dah siap!!

  kebab6

Post a Comment

14 Comments

  1. sedapnyaaa nampak ! saya suka gila kebab :D kalau bulan puasa slalu beli.. heheh

    ReplyDelete
  2. ENNY TQ FOR SHARING RECIPE
    Nak try lah nanti :-)

    ReplyDelete
  3. yarabiiii nyaman ehhhhhhh!!

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaaaa. saya suka makan tapi tak rajin buat. hahaha

    ReplyDelete
  5. Zumal pun suka kebab nanti nak try la ^-^

    ReplyDelete
  6. boleh include dlm diet menu.. lengkap saya rasa..tq for sharing resepi

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap. Good and complete detail of recipe. Boleh cuba nanti. Sedap atau tak sedap tu belakang cerita. Asalkan dapat enjoy makan!

    ReplyDelete
  8. terima kasih eny untuk resepinya.. hurmmm sedap nih

    ReplyDelete
  9. menyelerakan...kalau guna beef mince boleh ker eny?? hihihihi

    ReplyDelete
  10. Ok Eny, tq so much, selalu beli daging burger goreng macam tu je cicah sos, nnt kak ana try yb ni lak mesti best..:) tq darlingsss..

    ReplyDelete
  11. tengok entri ni baru ingat dah lama tak buat kebab. last time buat kebab, anak2 suka makan tak hengat. hehehehehe

    ReplyDelete
  12. Thanks ya sudi share resepi..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum sis
    Ok terliur sangat... balik nanti mesti buat
    http://mummyumardian.blogspot.my/

    ReplyDelete
  14. Tq...sudah n ringkas...bole cuba utk niaga ni..

    ReplyDelete