Salah satu tempat yang selalu saya sekeluarga selalu pergi kalau nak makan di luar adalah di food court Garden Alor Setar atau kini dikenali sebagai medan Selera Merdeka. Lokasi berhampiran Stadium Darul Aman Alor Setar. Dulu tempat ni dikenali sebagai Garden - merujuk kepada taman permainan kanak-kanak yang terbesar dan popular di Alor Setar suatu masa dahulu, tetapi sekarang budak-budak dah main game kat facebook dan handphone,  dah tak main kat padang permainan lagi hehehe jadi padang permainan tu pun dah tak ada dan tak meriah macam dulu.

Dan kalau makan disana, memang tak akan pergi ke gerai lain melainkan gerai Mardiana Yong Tau Foo. Gerai no. 21. Yong Tau Foo nya memang sedap dan lain dari yang lain. Kalau di Alor Setar rasanya di sinilah yang tersedap!! Sebab saya pernah rasa di sesetengah tempat, Yong Tau Foo nya ada yang kuah terlebih manis, ada yang terlalu kuat bau belacan dan otak udang dan ada yang pedassssss sangat!

Yang ni rasa kuah dia secukup rasa, sedap digandingkan dengan bahan-bahan yang dicelur terlebih dahulu. Ada disediakan sos cili khas kepada sesiapa yang nak lebih rasa pedas. Kalau suka sotong kangkung, boleh je order disini sebab kuah dia sama je macam kuah sotong kangkung. Cuma bahan-bahan yong tau foo ni lebih pelbagai terdiri dari pilihan fish cake, fish ball, tauhu goreng, chee chong fun (yang macam mee laksam tu tapi nipis je), sosej, kentang rebus, telur rebus, sotong kembang, dan banyak lagi pilihan. Cara nak order yong tau foo ni cuma pergi ke gerai dan pilih bahan-bahan yang dah siap display atas rak, pilih dan masuk dalam bakul dan serah kan kepada kakak tu untuk dicelur dan dicampur kuahnya. Boleh cakap nak tambah kangkung, sotong lebih atau apa sahaja!

Untuk sepinggan besar macam ni RM29 kongsi 4 orang. Makan sampai sengkak!! 

P1080649ed

Dah gaul secukup rasa boleh la cedok ke pinggan masing-masing. 

P1080657ed

Sebelah gerai Yong Tau Foo ada satay. Satay ni memang sedap!!! Walaupun kecik-kecik saiznya tapi puas hati makan.

P1080654ed