Ke Kuala Kedah dengan husband mencari seafood fresh. Kalau di Kuala Kedah ni memang seafoodnya agak murah dan lebih best tu sebab fresh dan baru naik je.

Dapat rasa perbezaan ikan, udang atau sotong yang dibeli di Kuala kedah dengan yag dibeli di pasar biasa. Sebab tu kalau tak ke Kuala Kedah, jarang masak seafood ni sebab dah dapat rasa yang sedap, malas nak beli yang pasar biasa tu. Harga pun mahal! Sepinggan sotong kecik pun RM13. Kalau di Kuala Kedah sepinggan sotong besar yang fresh baru RM10. Kalau beli kilo harga sekitar Rm13 ke Rm15 je. Udang pula harga dari Rm 20 ke Rm25. Tapi kalau time tak ada harga udang boleh cecah Rm50 sekilo!
Sotong Masak Pedas
Sotong masak pedas ni resepi simple dan campak-campak je. Semua orang pun boleh buat rasanya hehehe. Cuma masalah kuah sambal sotong selalu berair. Kalau pakai sotong fresh memang air sotong tu tak jadi berkuah.

Tapi ada petua nak kurangkan air dalam sambal sotong. Caranya, goreng sekejap sotong yang dah dicuci dan disiang didalam kuali tanpa minyak- kalau dapat pakai non stick pan lagi bagus. Biar sehingga air sotong keluar kemudian kaup sotong sahaja dan masukkan dalam kuah sambal yang dah ditumis.
  Sotong Masak Pedas

Resepi Sotong Masak Pedas

1 kg Sotong Putih, dicuci dan dipotong 
Bahan ditumbuk atau kisar :
4-5 biji cili merah segar
6 biji cilipadi
2-3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah

Bahan lain
1 sudu besar rempah daging
Minyak masak secukupnya
Bawang besar dipotong

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk bersama serbuk kari daging sehingga wangi. Masukkan sotong dan bawang besar. Kacau rata dan biar sotong masak sekejap saja. Siap!!


Sotong Masak Pedas