Antara yang best di Padang Besar...


Keropok lekor Padang Besar ni lain dari yang lain. Tebal, garing diluar dan sangat lembut di dalam. Satu cucuk cuma RM 1.

Padang Besar

Coconut Shake Padang Besar. Sedap lah juga hehehe..

Padang Besar

Signature dish di sana.. Nasi Goreng Paprik. Nampak macam tak sedap kan. Tapi memang tak sedap pun hehehe..

Padang Besar

Nasi Goreng Padang Besar. Tapi kat Alor Setar pun boleh dapat nasi goreng macam ni hehehe.
Padang Besar

Semestinya yang paling best ialah shopping. Memang murah. Husband dan adik lelaki cari Jersey bolasepak. Saya cari T Shirt Adidas Kilang Thailand mari. Yup memang ada saiz uolls untuk badan akak yang comel ni heheheh...
20150103_125326

Dan semestinya shopping jajan. See banyak tak jajan kitaorang beli sampai kakak kedai tu bagi free jajan untuk makan atas kereta. Nasib baik checkpoint UPP lepas. Eh apa hal pulak tak lepas kan hehe

20150103_125307

Tengok biskut yang paling bawah tu yang gebus gebus eh jangan tengok tangan tu, biskut lah... hehe.. biskut tu sedapppp sebab ada coklat didalam. Sila lah beli kalau ke sana. Recommended!. Yang kerepek ubi keladi yang besar tu kalau ada masalah angin jangan cuba cuba sebab husband akak makan banyak, malam tu sampai ke emergency room sebab dia sakit perut kembung hehe...