Tajuk tu... hehehe.. pening tak baca

Hasil skodeng abang goreng char kuey teow tu di gerai kat food court Gurney Drive. hehehe. Abang tu bagitahu, salah satu tips, api kena kuat, pakai kuali besar dan kena masak untuk sikit-sikit (maksud dia portion yang sikit). Paling banyak 3 pinggan sekali masak. Lebih darpipada tu dah tak sedap!. Owh patut la Char Kuey Teow kat rumah tak sesedap mcam kat gerai sebab sekali masak 2 bungkus kuey teow bersamaan dengan berapa banyak pinggan boleh dapat tu hehehe.. nama pun masak untuk family kan.

Nak buat Char Kuey Teow ni senang je. Kena ada sambal tumis cili yang dah siap masak. Kalau ada sambal lebihan yang tak habis pun ok je. Nak nak kalau sambal udang kan. Mesti lagi sedap hehehe. Jadi kalau ada masak sambal tu buat lebih sikit untuk buat rencah Char Kuey Teow :D.

Rencah lain, tak payah pakai bawang banyak-banyak. Cukup sekadar bawang putih yang diketuk atau cincang, kemudian rendam dalam minyak yang kita nak tumis tu, baru sedap. Sayur pun sekadar taugehh dan daun kucai. Ni daun kucai tak ada letak sawi je lah hehe.. Taugeh tu letak last sekali bila nak tutup api supaya rangup je taugeh tu.

Dah hasilnya....

CharKTed


So jadi ke char kuey teow ala gerai ni? Mestilah...... tak jadi dan tak sesedap yang makan kat Gurney Drive tu hehehe. Tapi sedap sikit lah dari biasa hehehe.

Sebenarnya ada jual kicap Char Kuey Teow yang rata-rata peniaga gerai selalu pakai. Bukan setakat kuey teow tetapi boleh goreng mee dan sebagainya. Kalau jumpa nanti saya share disini ya.

Resepi Char Kuey Teow ala Gerai 

Bahan-bahan :
1/2 bungkus kuey teow
4-5 sudu sambal tumis - ikut nak pedas mana
2 ulas bawang putih dicincang - direndam dalam minyak masak yang nak tumis tu
4-5 sudu minyak masak untuk menumis - kalau sambal tumis dah berminyak, kurangkan lah sikit.
Udang/ kerang atau isi ayam secukupnya
Taugeh, kucai atau sawi 2 biji telur
Sedikit air jika perlu
Kicap pekat

Cara-cara :

Sediakan bahan-bahan ditepi kuali.

Pakai kuali yang besar sikit dan api kena kuat.

Panaskan kuali dan masukkan minyak dan bawang putih direndam sekali tu. Tumis sehingga wangi.

Masukkan isi kerang, udang atau isi ayam, dan kemudian masukkan kicap. Kalau kering sangat boleh masuk air sedikit sahaja. Masak sekejap.

Masukkan kueyteow gaul rata

Masukkan sambal tumis dan gaul rata. Kalau rasa tak cukup pedas tambah la lagi. Boleh tambah garam secukup rasa.

Ketepikan kueyteow tepi kuali, pecahkan telur di tengah kuali, kacau2 sehingga telur hancur dan keras sedikit dan gaul sekali kuey teow dan telur tu.

Akhir sekali masukkan tugeh, kucai atau sawi. Tutup api dan siap!