Laksa Teluk Kechai

Di Kedah memang banyak gerai Laksa. Laksa yang popular di Kedah adalah Laksa Teluk Kechai yang terletak di Jalan Kuala Kedah. Keistimewaan adalah terletak pada laksa beras homemade dan sambal kelapa yang digandingkan bersama laksa tu.

Tapi sebab saya kurang gemar laksa Teluk Kechai ni, saya cuma order laksam. Sedap juga!. Laksam kat Kedah ni memang kuah dia merah dan tak putih. Tak macam laksam original dari kelantan. Mungkin kerana pengunaan cili kering di dalam kuah tu.

201ed

Mak saya peminat no. 1 Laksa Teluk Kechai. Haruslah dia order laksa! Yang kuning tu lah sambal kelapa.
P1160934ed

Laksam
P1160938ed

Telur kira asing, kena minta telur rebus. Nanti diorang hantar sepiring. Sebiji 50 sen. Kalau rasa mahal, sila bawa sendiri dari rumah hehehe..
P1160929ed

Satu lagi uniknya, laksa disini dihidangkan dengan pulut sambal. Jadi kena minta ya kalau nak pulut sambal. Nanti diorang akan bagi sebekas macam ni. Sebiji 60 sen
P1160928ed

Ini lah pulut sambal. Sambal tu sebenarnya serunding ikan. Sedap sangat!. Kalau berani cubalah masukkan dalam kuah laksa dan makan sekali. Tapi saya tak lalu, saya makan terus macam ni je hehehe.. makan pula berbiji-biji heheh..
P1160942ed

Dan teh ais disini memang terbaik!!!
P1160931ed

Selain laksa, ada jual satay, cendol, ais kacang dan banyak lagi. Harga pun murah. Jumlah perbelanjaan semua sekali untuk 3 orang makan baru RM21.

Post a Comment

16 Comments

  1. Nampak sedap..murah pun murah

    ReplyDelete
  2. adoiiii terlioq kaknoor ni eny, lama tak makan laksa teluk kechai, hari tu balik tak sempat nak pi pekena, mai nak slurppp sekali hehehe

    ReplyDelete
  3. berdasarkan dari gambar yg cantik kemain tu... saya menduga (dengan minda bawah sedar) bahawa laksa tu sedap tahap gaban... kalau saya lapar maka ranking dia naik 5 tingkat yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tengah lapar nih.. saya bagi markah penuh

      Delete
  4. nampak sedap betul pulut sambal tu..

    ReplyDelete
  5. laksam tu kira versi kedah vs kelantan lah kan, kuah kedah isi kelantan hehe..pulut serunding tu agak rare nak jumpa kat sini Eny :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kluang pulut panggang banyaklah.. pulut serunding macam takde

      Delete
  6. Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan ...

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap.. lagipun tiap negeri memang lain2 jenis laksa kan.. bagi kita kira murah la harga2 ni.. kalau kat KL, terpaksa buat2 kenyang sebab harga mahai T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kenyang buat sendiri.. banyak dapat.. hehehe

      Delete
  8. alamak!!! terliurnya.. tolong share location kat whatsappp!! huhu

    ReplyDelete
  9. Owwhh....ada sambal kelapa pulak yea... tapi bila telur rebus dijual berasingan tu dah jadi mahal pulak rasanya....tapi sesekali nak rasa okey la kan

    ReplyDelete