Dapat beli seekor ikan Kacang yang besar dan fresh di Kuala Kedah dengan harga RM10 sahaja!. Murah kan. Kalau beli pasar biasa yang kecik je pun dah mahal.

P1181189ed

Ikan kacang ni selalunya di kedai makan dibuat kari atau digoreng sahaja. Tapi Kalau buat sweet sour atau 3 rasa pun sedap juga. Resepi 3 rasa ni terpulang ada yang suka letak banyak bahan-bahannya sekadar  letak nenas je, dan ada yang suka letak buah-buahan dalam tin. Ni versi saya punya hehehe. Letak macam-macam.  Bukan 3 rasa dah, macam-macam rasa ada hehe. Yang penting nenas tu letak kena lebih sikit baru lah dapat rasa masam dari nenas tu.

P1181165ed

Resepi Ikan Kacang Sweet Sour

Ikan Kacang saiz besar dipotong –potong
½ botol sos cili – saya pakai sos cili bawang putih yang jenama Tesco je. Murah dan sedap hehehe
1 sudu besar sos tiram
4 ulas bawang merah – potong nipis
3 ulas bawang putih – ketuk dan cincang
Halia – dipotong halus
1 biji nenas saiz kecil – bahagi 2, 1 bahagian dipotong dadu, 1 bahagian lagi dipotong halus (racik)
Sedikit timun, buang biji dan empulur dan dipotong panjang
Sedikit kobis bunga
Sedikit capsicum dipotong dadu
1 biji bawang besar holland dibelah
1 sudu besar Chili flakes
Tepung jagung
Garam secukup rasa

Cara-cara :
Sediakan sos terlebih dahulu.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, halia dan bawang putih sehinga wangi.
Masukkan sos cili, sos tiram, dan sedikit air. Masukkan juga chili flakes dan nenas yang diracik. Masak seketika supaya nenas tu lembut. Tambah air jika nak kuah lebih.
Masukkan baki nenas, dan bahan-bahan sayuran lain dan masak seketika sehingga agak lembut. Akhir sekali masukkan sedikit bancuhan tepung jagung dan air untuk memekatkan kuah.

Ikan dibersihkan dan lumur sedikit garam. Bila nak goreng, golek kan atas tepung jagung atau tepung gandum dan goreng dalam minyak yang banyak (deep fried) sehingga masak. Ketepi kan.

Bila nak makan baru curahkan kuah keatas ikan yang digoreng tadi.