Bagi yang nak cari seafood yang fresh di Kuala Kedah, boleh ke Kg Kubang Rotan. Cara nak pergi, dari Jalan Kuala Kedah, dihujungnya akan jumpa simpang empat, kalau masuk kiri ke terminal feri, jadi kena masuk ke kanan, dan jalan sampai jumpa satu simpang ke Muzium Kota dan Kota Marina di sebelah kanan. Masuk simpang kanan tersebut dan naik satu jambatan tinggi merentasi Sungai Kedah.
Selepas turun dari jamabatan tu terus akan jumpa simpang 4, ambil kanan untuk ke Kubang Rotan. Jalan terus sehingga jumpa simpang tiga dan masuk kanan dan akan jumpa satu jambatan sempit. Boleh lalu sehala je, jadi kena berhenti dan bagi laluan. Selepas melalui jambatan tu terus akan jumpa tempat berjualan ikan dan seafood segar. Tempat ni kalau diwaktu pagi ialah pasar basah dan pasar tani. Di waktu petang terdapat nelayan-nelayan bot kecil yang menjual hasil tangkapan kecil-kecilan tetapi sangat fresh dan murah. Jadi datang lah waktu petang sekitar jam 6 petang ke atas.
Boleh rujuk peta ni ye.
Kalau nak ke tempat saya ambil gambar sunset dan ada bangunan merah yang dikenali sebagai Kota Marina tu, dari jambatan tinggi, lepas turun jambatan, jumpa simpang empat. Kalau ke kanan kita ke Kubang Rotan tadi. Kalau masuk kiri kita akan menuju ke sunset point Kuala Kedah, Muzium Kota dan Kota Marina. Di situ setiap petang ramai berjualan keropok, rojak, goreng pisang untuk dimakan sambil layan pemandangan matahari terbenam. Mataharinya nampak jelas berlatarkan bot-bot nelayan yang balik dari mencari rezeki pada waktu petang.
20 Comments
Good photography technique and those seafoods memang nampak sedap!
ReplyDeletehahaha.. belum masak lagi dah nampak sedap.. memang terbaikkk
DeleteNak pesan ketam boleh tak..hehe
ReplyDeletesaya nak jugak
Deletenampak freshhh semuanya.. misti manisss...
ReplyDeletesangat.. sangat.. sangat.. fresh
Deletebestnya. nampak macam segar je. mesti isinya maniskan..
ReplyDeletesangat.. sangat.. sangat.. segar
Deletemak aiii....freshnya seafood...dah la kegilaan SA plak tuh
ReplyDeletefeveret saya juga
Deletecantiknya bangunan warna oren tuh!! kota marina eh? kena try pegi once i di kuala kedah one day :)
ReplyDeletesemoga selamat berkunjung
DeleteUbat gatal paling sedap adalah seafood... He he He..
ReplyDeleteubat yang sangat sangat sangat sedap
Deletemak aiiii.. best nyaaa tengok udang tuuu.. kepala otak automatik terbayang udang tempura!!!1
ReplyDeletehahahaha.. sedap juga tu
Deletememang nampak sangat-sangat segar, kalau kat sini di Selangor boleh didapati di Kuala Selangor atau di Teluk Intan pula di Simpang Empat ,Hutan Melintang tempat pendaratan ikan dan hasil laut yang segar-segar.
ReplyDeletedekat kluang pula.. pi pasar besar kluang.. itulah yang paling fresh kat sini.. hehehehe.. (FRESH LE SANGAT IKAN PASAR TU) hik hik hik
DeleteAlahai jelesnya nengok gambar si hidupan laut ni.. harap satu hari nanti dapat pi sana, nak meratah depa cukup-cukup xD
ReplyDeletebetul tu.. sangat geram melihatnya
Delete