Mesti ramai yang suka makan cheese cake kan. Maklumlah taste taste antarabangsa semuanya. Nak beli di kedai sepotong dah dekat Rm10 dengan tax!

DSC04069Edwm

No bake cheese cake ni simple je buatnya. Dan kos membuatnya tak la semahal membelinya dari kedai kek. Resepi no bake cheese ni cuma perlu masukkan cheese cake ke dalam peti sejuk selama beberapa jam. Tak perlu bakar. Yang tak ada oven pun boleh buat.

Tapi yang saya buat ni dasar nya agak berderai sebab saya tunggu cuma 4 jam sahaja untuk potong. Sebab nak kejar cahaya matahari (natural lights) untuk photography. Kalau pakai lighting studio takut hasil dia tak sama seperti pakai cahaya semulajadi ni.

DSC04111edwm

Lepas dibiar semalaman, dasar kek tu memang cantik kerasnya bila dipotong. Next time kena buat dari malam sebelumnya hehehe..

Apapun rasanya tetap sedap. Hehee.. Kalau tak suka lemon boleh ganti dengan perisa lain. Boleh pakai blueberry, strawberry atau apa sahaja filling. Sekarang dah banyak jual filling instant kat kedai bahan kek. Saya tengok di kedai filling blueberry cuma harga RM4 sebekas lebih dari cukup untuk sebiji kek. Dah beli tu, cuma curahkan atas kek yang telah pun beku sepenuhnya.

Kalau tak nak pakai biskut marie dan nak gantikan dengan biskut kesukaan masing-masing pun boleh. Selalunya biskut oreo lebih sedap kan!

Kalau nak buat kek cheese kena ada spring form pan, sejenis pan yang boleh dibuka bahagian bawahnya (base). Senanglah nak keluarkan kek sebab kek ni mana boleh main terbalik terbalik macam kek biasa.

Tapi kalau tak ada spring form pan, boleh je kita buat mini cheese cake dalam gelas-gelas comel atau mug yang ada kat rumah. Ataupun kalau nak bagi kawan-kawan boleh je masuk dalam bekas plastik bertutup yang banyak jual kat kedai. Adik-adik yang belajar kat kolej, kalau rumah sewa ada peti sejuk boleh la buat bisness no bake cheese cake ni heheheh..

Kalau isi dalam gelas kena isi lapis-lapis selang seli cream cheese dan biskut barulah cantik!!


cheesecake3

Bila nak makan, cedok je dengan sudu!
cheesecake2

20141219_103544

Oklah jom tengok tutorial cheese kek paling simple ni. 

Resepi No Bake Cheese Cake

Bahan-bahan Dasar Kek : 
300 gm biskut marie - RM 3.50
100 gm butter - dicairkan - RM 4.50 - ada balance lagi boleh buat kek lain
1 ½ tbsp gula halus - Free  sebab pakai rumah punya ;p

Biskut marie dihancurkan. Cara hancurkan, letak dalam plastik bersih, ketuk dengan lesung batu dari luar.
Campurkan biskut marie yang telah dihancurkan bersama butter cair  dan gaul sebati.

20141219_105437

Ratakan kedalam pan dan Tekan sehingga padat. Masuk dalam peti sejuk. Tunggu sehingga lebih kurang 1 jam baru lah boleh dicurahkan adunan cheese. Ni acuan bersaiz 8 inci. Kalau nak pakai acuan besar kena gandakan bahan-bahan ye.

20141219_111208


Bahan-bahan Adunan Cream Cheese :
250 gm Cream cheese jenama Tartura -  RM 7
200 gm Non-diary Whipping cream  - Saya pakai yg UHT Whipping cream. nak putar baru keluarkan dari peti sejuk - RM 16.50 utk 1 liter jenama Anchor. Jadi ada balance lagi 800 ml. Cari kotak kecik dah habis pulak.
80gm Gula caster – kisar sedikit supaya halus - sekali lagi free sebab pakai gula dari rumah
2 sudu besar jus lemon - RM 1
1 ½ tbsp gelatin – dicampur 100 ml air panas dan kacau sehingga sebati dan gelatin larut sepenuhnya. RM 2 sebungkus. masih ada balance


Cara-cara :
Sejukkan mangkuk pemutar terlebih dahulu dalam peti sejuk bahagian atas selama 10 minit. Keluarkan whipping cream dari peti sejuk dan terus tuang whipping cream dalam mangkuk sejuk tu, dan putar whipping cream sehingga kembang . Masukkan semula bekas whipping cream yang telah dipukul  tadi ke dalam peti sejuk supaya tak cair.
20141219_120326

Dalam mangkun yang berlainan, pukul cream cheese sehingga kembang,
20141219_120413

Masukkan gula, jus lemon dan bancuhan gelatin. Pukul lagi sehingga sebati.
20141219_120742

Keluarkan adunan whipping cream yang dipukul tadi dari peti sejuk dan masukkkan ke dalam adunan cheese.  Kaup balik dengan spatula sehingga rata atau pukul dengan mixer pada kelajuan paling perlahan sekejap sahaja.
20141219_121205

Ratakan adunan cream cheese bercampur whipping cream tadi ke dalam acuan  yang telah diletakkan dasar kek dari biskut marie tu. 
20141219_121551

Ratakan pakai spatula. Saya pakai sikat ni hehehe
. 20141219_121821

Dah siap dan ready nak masuk peti sejuk! 
20141219_121932

Sejukkan dalam peti sejuk selama semalaman dan esok boleh lah di makan.



Jumlah Perbelanjaan Kasar : RM 34.50
Boleh makan untuk 6 orang. Dan ada sesetengah bahan macam butter dan whipping cream ada banyak balance lagi tu, jadi beli lah cream cheese tu lebih sikit supaya boleh buat 2 atau 3 kali lagi.