Masak Lemak Telur Itik Suun

Masak lemak telur memang kegemaran. Bukan masak lemak macam style negeri sembilan yang ada cili padi tu. Masak lemak ni simple je. Petua saya dapat kalau nak dapatkan shape telur yang cantik  selain kena guna telur yang baru dan fresh, ialah kita kena masak dalam kuali besar dan bukan dalam periuk. Pecahkan telur dalam piring kecil, kemudian tuang (slide) telur tu dari tepi kuali ke dalam kuah. Kalau dalam kuali senang nak kacau kuah tu kan.

Kalau masak lemak telur macam ni saya suka letak suun. Kadang-kadang letak fucuk 2-3 keping pun sedap. Atau boleh juga letak tauhu yang dah digoreng sekejap. Nak letak tempe pun boleh. Ishh.. pandai-pandai lah ikut creativity kita sendiri heheh...

DSC_1699

Resepi Masak Lemak Telur Suun

Bahan-bahan :
3-4 biji telur itik - boleh juga pakai telur ayam
1 cawan santan pekat - saya pakai santan KARA 1 kotak
Segengam suun / suhun / tanghoon (entah mana nama yang betul :D) - direndam sehingga lembut 
1 sudu kecil lada hitam / lada sulah
1 batang serai - diketuk
1-2 ulas bawang merah - dihiris 
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya. Saya tambah hampir 2 cawan air.
Sedikit daun sup - dipotong kasar

Cara-cara :
Dalam kuali masuk bawang, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, serai dan santan. Masukkan sedikit air jika guna santan pekat. Ikut lah nak kuah pekat ke atau cair ;). Buka api perlahan dan tunggu sehingga mendidih tetapi jangan sampai santan pecah.

 Apabila mendidih masukkan telur dan suun. Masak sehingga bahagian putih telur mengeras.  Tabur daun sup diatas dan tutup api terus dan tutup kuali. Tunggu seketika baru dihidangkan. Jangan risau telur tak masak sebab haba dari kuah yang mendidih tadi akan mengeraskan telur merah didalam pula.

DSC_1695

Post a Comment

32 Comments

  1. huishhh telioq! ana suka gak masak lemak telur. haduiii lapaqqq T____T

    ReplyDelete
    Replies
    1. lapaq ka anamizu hihii melelh noh air liur

      Delete
    2. saya terliur dan lapor jugak.. hehehe

      Delete
  2. sedapnya masak lemak telur. terlioqq bak hanggg. haha

    ReplyDelete
  3. Lauk budget time xde duit study2 dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihii budjet pun sedap juga papaglamz

      Delete
    2. perghhh mewah.. saya masa study takde duit makan roti sekeping cicah air kosong aje

      Delete
  4. Pernah buat ni...memang sedap...tp xleh masuk garam banyak2..sebab tuloq itik dah masin....sedapppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh juga ye pakai telur masin?

      Delete
    2. telor merah dia sedapkan..masak kari pun sedap gak ni..

      Delete
    3. rasanya resepi nih tak pakai telur itik masin,, pakai telur itik fresh

      Delete
  5. alamak... sedapnya... mak mertau saya selalu buat kalau ada telur itik... tapi menantu nya tak reti nak buat ni....
    resepi ini memang akan disimpan untuk dicuba nanti

    ReplyDelete
  6. Sedap...biasanya masak lemak orang guna telur itik...tapi kalau x ada..telur ayam pun boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau telur ayam kena letak nama.. masak lemak telur ayam suun

      Delete
  7. tengah salin resepi ni... hujung minggu nak try <3

    ReplyDelete
  8. sedapp masak lomak telo itik ni.. hehehe

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. kalau ada sambal belacan lagilah perghhhhhhh

      Delete
  10. telur itik memang sedap masak lemak

    ReplyDelete
  11. guna telur itik yang belum dimasinkan memang sedap

    ReplyDelete
  12. kalau takut santan pecah.. godak kuah gulai di bahagian atas sahaja.. telur tak pecah.. santan pun tak pecah minyak

    ReplyDelete
  13. masak lemak cili api sedap nih

    ReplyDelete
  14. tambah kacang panjang pun sedap

    ReplyDelete
  15. Sedapnyaa.. tapi macam biasa, suun kita tak ambik :P

    ReplyDelete