Spaghetti ni sebenarnya bukan je boleh dibuat spaghetti bolognaise atau carbonara. Tetapi boleh dipelbagaikan. Dulu saya hairan kenapa Spaghetti Olio yang dihidangkan di hotel tu sedaapp sangat. Sedangkan yang saya buat kat rumah rasa hambar. Apa yang tak kena entah la.. Then bila saya start belajar memasak, saya banyak menonton Food Network Channel. Antara rancangan masakan yang menjadi favourite saya ialah Barefoot Contessa – Chef Ina Garten dan Giada At Home – Chef Giada De Laurentiis.

DSC03273

Apa yang saya pelajari something totally different dari apa yang kita belajar dari majalah dan rancangan masakan di TV tempatan. Dan… kebanyakan chef-chef di Food Network tu tak begitu teliti dalam memberi sukatan resepi. Mereka lebih menekankan teknik dan cara memasak. Sebab kita boleh copy paste je resepi dari mana-mana. Banyak yang share resepi yang masak. Tapi untuk melihat cara chef memasak dan teknik yang dilakukanya bukan lah senang kan. Kadang-kadang ada buku yang tulis ni semua.. Lumrah kita suka melihat dari membaca …. Kan?

Okay lah berbalik kepada tips spaghetti sedap ni saya letak dalam point. Senang nak faham :D. Ni untuk resepi Spaghetti Olio yang paling simple! Tips dari Giada De Laurentiis.


1.  Masa rebus spaghetti masukkan garam lebih sedikit dan rebus sehingga al dente. Tak perlu masukkan minyak dalam air rebusan pun.

2. Al dente ni maksudnya spaghetti sudah lembut tetapi bila kita gigit dalam masih sedikit mentah atau ada nampak putihnya lagi. Lepas rebus toskan spaghetti dan digaul dengan sedikit minyak zaitun jikalau kita nak simpan lama atau nak masak tu lama lagi. Tetapi jika nak masak/goreng terus, tak payah nak letak minyak pun boleh. Air rebusan spaghetti tu disimpan jangan dibuang. Kalau ikut Giada, dia terus sauk spaghetti tu dari dalam periuk terus ke dalam kuali.

3. Semasa memasak, tumislah bawang putih dicincang bersama minyak zaitun. Masukkan satu sudu chili flakes.  Kemudian masukkan bahan yang kita suka seperti udang, ayam, daging dan sebagainya. Masak seketika. Boleh juga tambah herba-herba yang selalu diletkkan didalam resepi spaghetti. Boleh beli didalam botol (macam dalam gambar dibawah)

20140523_113234ed

4. Kemudian kita masukkan sedikit air rebusan spaghetti tu kedalam kuali tadi. Biar berkuah sedikit supaya bahan protein tadi cepat masak. Biarkan masak sepenuhnya kecuali udang dan sotong tak boleh terlebih masak. Boleh juga tambah sayur seperti tomato cherry atau capsicum.

5. Masukkan spaghetti yang direbus tadi dan teruskan memasak. Biar spaghetti menyerap kuah dan jika kuah kering masukkan lagi air rebusan sedikit demi sedikit sehinggalah spaghetti kita masak sepenuhnya dan lembut. (tak lagi mentah macam tadi).

Rssepi ni boleh dipelbagaikan. Kalau tak suka jenis yang simple mcm olio ni, boleh letak sesudu tomato puree, cooking cream atau susu, atau kalau berani boleh letak serbuk kari hehehe...

Boleh cuba ya resepi simple ni :-) Tengok SINI untuk RESEPI BEEF SPAGHETTI SIMPLE