Selamat Pagi semua dan Salam Selasa. Cepat kan hari-hari berlalu, dari weekend tahu-tahu dan masuk Selasa. Dari awal tahun tahu-tahu dah masuk hujung tahun. How time flies...

Berada di tempat selesa kadang-kadang membuatkan kita lupa....

DSC05536

.... lupa yang kadang-kadang hidup bukanlah di satu tahap saja... kita mesti sentiasa berubah dari satu tahap ke tahap yang lebih baik. Jika kita susah, kita mencari jalan kesenangan, kemudian keselesaan dan kemudian kesempurnaan. Walau susah untuk digapai, cubalah kerana adalah lebih baik untuk gagal kerana mencuba dari gagal kerana tidak melakukan apa apa...

Jadi Puan Ladybird yang comel, sila keluar bersembunyi dari celah daun dan panjat ke atas melihat matahari yang cantik.... cepat panjat.. kiri kanan kiri kanan...

DSC05601

Lokasi : Dalam semak tepi site
Gear : Sony A90 Kit Lens

P/s : Pandai kan akak suruh Ladybird tu berlakon muahahahaha...