Kalau dinner tak sempat masak lauk pauk, boleh la masak yang ringkas macam ni.

DSC00029

Macaroni Goreng Simple

Bahan-bahan :
1/2 paket Macaroni Elbow bersaiz besar - direbus sehingga al dente
4 sudu besar tomato puree atau sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar serbuk italian herbs jenama mc Cormick (tak pakai ni pun ok je)
Sedikit sosej dipotong pendek
2 keping Daging burger dipotong dadu
bawang putih dicincang
bawang besar didadu
Minyak untuk menumis secukupnya

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu. Masukkan sosej dan daging burger. Goreng sebantar sehingga masak. Masukkan semua jenis sos dan lada hitam. Tambah garam jika perlu.

Masukkan mix veggies dan masukkan sedikit je air supaya tak terlalu kering.

Akhir sekali masukkan macaroni yang telah direbus. Kacau sekejap sahaja sehingga rata. Jangan terlebih kacau nanti habis hancur macaroni tu. Siap!!

DSC00031