Saya suka makan kaki ayam apa lagi kalau dibuat sup. Kaki ayam ni kaya dengan kolagen semulajadi yang bagus untuk menegangkan kulit. So kalau nak kulit cantik kena lah makan kaki ayam. Cuma tak boleh amalkan selalu sebab boleh tahan berlemak juga kaki ayam ni :D

Minggu lepas ke rumah mentua, saya bawa balik bunga kantan  beberapa kuntum. Nak harap tanam pokok kantan sendiri memang takde lah. kalau beli kat pasar, mahalnye  buunga kantan sekarang, sekuntum RM3 ke RM4. Ishh..... Dah dapat free dari rumah mentua, saya tapau bawa balik Kedah sikit masuk peti ais boleh tahan dekat sebulan lamanya. Boleh buat stok untuk buat kuah laksa hehehe.



Kerabu ni simple dan mudah dibuat. Lebih kurang kerabu mangga ala thai tu je, so jangan risau kalau rasa susah sebab simple sangat. Part susah cuma kena rebus kaki ayam tu lama lama supaya lembut dan mudah relai dari tulang. Pakai pressure cooker lagi senang cerita hehehe... Then Kena lah perisi kaki tu dari tulang supaya mudah nak makan kerabunya. Cara perisi tu kena picit tulang dibahagian jari tu keluar kemudian baru tanggalkan isinya dari tulang kaki. Err... faham ke? mihmihmih...


Ok resepi nya  salin ya… eh tak payah salin, print screen je tak pun copy and paste :D

Resepi Kerabu Kaki Ayam Simple 

Kaki ayam secukupnya direbus sehingga lembut dan isi mudah tanggal dr tulang. Cara nak buang tulang, picitkan je tulang dibahagian kaki tu sehingga tanggal dan cuma tinggal isinya sahaja. Kalau besar sangat isi kaki tu, potong sedikit.
Cili padi ikut nak pedas ke tak okay – dipotong nipis
2 kuntum bunga kantan – diracik halus
1 labu bawang besar – dipotong nipis
5 sudu besar jus limau / lemon
2 batang serai, di kupas dan di ambil bahagian hujung yang lembut dan putih - dihiris nipis
2 sudu besar sos ikan
4 biji tomato - dihiris nipis

Campurkan dan gaul semua bahan dan siap!