Bubur Asyura

DSC_3249

Selama ni, ingatkan bubur Asyura ni sama di setiap negeri. Rupanya lain lain. Untuk yang diluar Kedah yang berminat nak cuba boleh la cuba resepi ni. Rupa dan texture macam kuih bingka sebab menggunakan tepung beras, tetapi sekiranya masih panas, macam bubur kacang yang pekat dan ada bahan sampingan yang dipelbagaikan dari kacang merah, kacang tanah, jagung, pisang, Kacang Kuda,  keledek merah,  putih atau unggu, nangka, cempedak dan yang paling best adalah isi durian.

DSC_3243

 DSC_3219 

Bubur Asyura Kedah

Bahan-bahanya :
4 cawan tepung beras
1 1/2 cawan kacang hijau - direbus sehingga lembut. Tapis dan simpan air.
3 kotak santan (boleh pakai santan segar lagi sedap)
gula pasir ikut manis - saya guna 2 1/2 cawan untuk kurang manis
gula merah - tak pakai, kalau pakai warna akan gelap sikit
1 tin jagung dalam tin (boleh juga pakai jagung fresh)
4 biji pisang berangan / pisang emas
2 biji keledek rebus, potong dadu
Daun Pandan

Cara cara :
Pictures

1. Campurkan santan  dalam satu bekas bersama air rebusan kacang hijau dan air masak dengan santan tadi. Jadikan campuran semuanya kira kira 10 cawan  cecair. Masukkan sedikit garam dalam campuran tadi dan kacau rata. Masukkan tepung beras dan gula. Kacau sehingga gula larut. Masa ni boleh rasa tahap kemanisan yang kita nak. 

2. Masukkan bancuhan tadi ke dalam periuk atau kuali. Masukkan simpulan daun pandan. Buka api perlahan dan kacau sehingga bancuhan hampir mendidih. Masukkan keledek, kemudian masukkan kacang hijau rebus, jagung, pisang dan kacau berterusan sehingga pekat. Boleh tambah air jika rasa adunan terlalu pekat, berketul dan susah nak kacau. Saya ada tambah air sebanyak 2 cawan sebab macam pekat sgt.

3. Bila tepung dah nampak berkilat dan nampak cantik kepekatan, barulan boleh diangkat dan dimasukkan kedalam talam atau bekas. Biarkan sejuk dan mengeras sebelum dipotong.

Post a Comment

82 Comments

  1. Kat johor ad certain tmpat bubur asyura die mcam bubur nasi...

    Follow di sini..

    Jom bw papaglamz.

    http://www.papaglamz.com/2014/11/ry-yang-bertajuk-1st-segmen-blogwalking.html?m=0

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru je komen kat sini.. Hari ni dapat rezeki bubur asyura jiran sebelah rumah bagi.. Jom la jenjalan entri baru Papaglamz.

      http://www.papaglamz.com/2014/11/foodsglamz-ll-bubur-asyura-rezeki-di.html?m=1

      Delete
    2. owh ada gak eh macam bubur nasi..
      malaysia mmg kaya dgn makanan kan.. alhamdulillah..

      Delete
    3. betul tu saya org johor... yeah...
      masa mula2 pindah utara, terperanjat org buat bubur asyura mcm ni :), manis pula tu.
      nasib baik saya memang suka...

      Delete
    4. cuma ada sesetengah tu letak rempah2, saya memang tak suka sgt

      Delete
    5. saya bedal semua.. semua saya suka

      Delete
    6. GJ yg rrempah tu ana tak pandai mkn

      Delete
    7. tudia azman perut tong ka semua bedal hihiiii

      Delete
    8. asalkan sedap bedal aje

      Delete
  2. Tq share resepi. Colour pun lain. Nampak menarik. Kurang minat makan asyura nih. Semalam baru sepupu hantar jamah sikit je. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak berkira sangat pasal makan nih.. semua pun saya sebat.. asalkan halal

      Delete
    2. roziah asyura ni ada musim dia..baru best mkn ..

      Delete
    3. tak payah tunggu musim.. resepi eny dah bagi.. boleh buat bila-bila pun

      Delete
  3. wah...sungguh mnggoda selera...nak try buat ni

    ReplyDelete
  4. Sungguh menyelerakan. Saya tahu mkn je. Bole try buat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan tak perlu ajar.. hehehe.. laju aje

      Delete
  5. ok..tros lapa tgk blog akak...hihi.....kite da follow akak...tq yer kak... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog nih berkumpul orang-orang yang lapor

      Delete
  6. tngk gmba tu dah terliur rasa..x prnh cuba lagi bt sndiri bubur asyura ni biasa tau makan je..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. teknik eny ambik gambar tu memang pro.. makanan nampak sedap

      Delete
  7. Selalu mkn kalau blk kedah..dl x pernah rasa..tp sbb kwin ngn org utara trs berpeluang rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung woo.. dapat rasa pelbagai variasi makanan

      Delete
  8. hye sis...done follow....sis..sedapnya bubur asyura...sis..di kampung sy...bubur asyura dorang buat x manis..ada lada hitam, ada daging, udang kering...sy suka yg x manis sebab ada rasa pedas2x skit...tapi kebanyakkan org suka yg manis..ssh nk jumpa bubur asyura jenis x manis....rata-rata tempat sy pergi semua buat yg manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masing-masing punya variasi rasa tersendiri

      Delete
  9. aduh..lapar la pulak... =)

    http://seronoknyermelukis.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Pandainya masakk....done follow...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eny memang serba boleh.. semua dia pandai

      Delete
  11. bestnya rajin memasak + pandai memasak. btw, salam kenal & saya follow awak.

    ReplyDelete
  12. kelmarin jiran bagi bubur asyura..kaler dia warna kelabu..yang eny buat ni siap boleh potong eh

    ReplyDelete
  13. Ok.. tunjuk ajarku sifu..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut resepi eny.. usaha sampai berjaya

      Delete
  14. hari rabu ni nak buat gotong royong masak bubur asyura...boleh cuba resepi ni.

    jemput baca entri terbaru saya :http://umiwarham.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. sedapnyer...t nak try buat gak lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat mencuba resepi.. semoga berjaya

      Delete
  16. Replies
    1. resepi yang diberi sangat mudah untuk dituruti

      Delete
  17. salam kenal..singgah blogwalking kat sini..
    sejak kawen dgn org negeri lain, baru tau bubur asyura negeri lain, lain rupa bentuknya hahah..kalau kelantan punya warna hijau gelap,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. datang dari rumpun yang sama.. berbeza cuma punyai sedikit sebanyak persamaan

      Delete
  18. lagi senang nak makan gitu :D Tak tumpah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan kalau cermat dan tak gelojoh memang tak tumpah

      Delete
  19. seriously? wow. apa rasanya ni? more to bubur syura ke mcm kuih? interestinggg

    Salam blogwalking here :)

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
  20. kalau kacau lama-lama kasi gelap sikit baru terangkt kn dgn kopi o perhhh...sedap tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kopi o memang perghhhhh.. sedap tu

      Delete
  21. haah kalo kt tmpat ana kat perak pon ada 2 jenis asyura.
    1 yg jenis mcm kuih / bingka camni.
    1 lg yg jenis mcm bubur lambuk tu.

    ana suka dua2 jenis. tmbh pulak kalo dpt free jiran2 bagi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang free memang sedap kan ana? hehee

      Delete
    2. haah betoi2 GJ. apa yg FREE mmg bes hehe

      Delete
    3. kalau free kena cakap sedap.. jaga hati dan bodek orang yang memberi.. hehehe

      Delete
  22. ritu baru j mkn.. mak mentua bagi.. sedappp kan.. sbb d variasi rsa buah y byk..

    ReplyDelete
  23. Malaysia yang kaya dengan makanan..
    Macam bubur kacang versi banyak buah-buahan di dalamnya..
    shad tak berapa makan sangat.. kalau makan pun, ambik part2 yang ada banyak bahan.. hehe..
    siap ada part2 lagi tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. malaysia memang punyai pelbagai versi makanan yang punyai banyak variasi.

      Delete
  24. bubuq asyura masak hat dalam kawah pasti akan jadi hitam. heheheehe. sebab warna kawah tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh betoi ke cmtu Umi?

      Delete
    2. masak pakai kawah nak bagi satu kampung makan namanya tu

      Delete
  25. nampak sedap dan menyelerakan

    ReplyDelete
  26. memang lain betul bubur nih.. macam kuih le pulak

    ReplyDelete
  27. kat johor nih bubur asyura macam bubur lambuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. johor dan perak sebenarnya punya sejarah saling berkait

      Delete
  28. resepi bubur lambuk dan asyura kat johor hampir sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Perak pon lebih kurang hehe

      Delete
    2. perak dan johor sebenarnya punya banyak persamaan..

      Delete
  29. diperkatakan bahawa bubur asyura wajib ada 10 bahan ramuan sahaja.. tak lebih tak kurang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh baru tahu ni hehe

      Delete
    2. saya pun tak tahu.. itu dengar orang yang cakap... hehehe

      Delete
  30. Saya kurang suka yang cam nie ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kalau sedap ok sahaja.. balun semua

      Delete
  31. Kadang2 pakai nama yang sama, tapi jenis makanan yang berbeza..
    Ada jugak nama lain2, tapi makanan yang sama je sebenarnya..
    Malaysia memang kaya dengan makanan ^^

    ReplyDelete
  32. macam bubur kacang je ..,

    #cabarantopcommentator

    ReplyDelete