Bingka Jagung Simple Dan Mudah

March 08, 2020

Kadang-kadang teringin nak makan kuih melayu tapi sebab Maktok tak boleh nak makan manis sangat, option terbaik adalah buat sendiri. Kebanyakan kuih yang dijual semua manis belaka. Itu kalau manis, ada kadang tu tak sedap, keras dan tak tau lah nak kata rasa apa habis kelaut jadinya. Kalau buat sendiri, senang boleh nak kawal gula dalam kuih dan ikut citarasa kita. Buatlah sikit bingka jagung versi mudah je. 


Ok jom Kekny nak share resepi mudah Kuih Bingka Jagung. Kalau di Utara sini kami panggil bengkang. Bengkang jagung, Bengkang Ubi atau Bengkang Tepung. Nanti bila bila free nak belajar buat bengkang tepung putih tu yang lembut dan lemak. Hehehe berangan. 

Tapi kuih ni memang mudah je nak buatnya. Bahan pun tak banyak mana dan senang nak dapatkan. Kalau rajin tu buat stok bahan, ada tetamu nak datang campur, adun dan bakar je terus. Cuma kuih bingka ni sukatan kena betul sikit macam kek juga. Silap sukatan, keras jadinya.

OK check resepi kat bawah taua nak mudah boleh tengok video yang Kekny dah share kat You Tube.





Resepi Bingka Jagung

Bahan-bahan : 

2 biji telur
3/4 cup gula
1 cup sus sejat
1 cup santan 
1 cup tepung gandum
1 tin jagung krim
2 sudu besar mentega dicairkan - boleh ganti dengan minyak biasa
sedikit pewarna kuning
1 sudu teh garam
Sedikit bijan jika suka

Cara penyediaan : 

Lengser acuan size 7 atau 8 inci dengan minyak atau butter.

Campur semua adunan di atas dan gaul sebati.

Tuang dalam acuan pembakar dan tabur bijan jika suka

Bakar subu 170 ke 180 C sehingga bingka masak.

Biar bingka dalam oven yang direnggangkan pintu sehingga sejuk. Jangan keluarkan terus nanti bingka akan turun penyet jadinya.


You Might Also Like

1 comments