Batik Marie Cheesecake

January 16, 2020

Sekarang ni Kek Batik dah jadi trend pula kan. Tapi kebanyakkan dah tak jual original kek batik. Kebanyakan resepi yang telah diolah. Ada tambah chocolate ganache dan ada tambah cheese topping. Tak kisahlah asalkan sedap dan kita berniaga ikhlas. Kekny pun nak share resepi Kek Batik tapi bukan kek batik biasa yang coklat. Batik Marie Cheesecake ni dah lama dapat inspirasi nak buat cuma baru ada masa nak realisasikan. Anywayyyy rasa dia sangat tak mengecewakan. Sesuai buat penggemar cheesecake. 

Kek batik cheese, batik cheesecake, resepi kek batik sedap, cara mudah buat kek batik

Senang je nak buat Batik Marie Cheesecake ni dan kosnya tak lah mahal mana. Cuma kalau nak lebih rasa cheese, boleh tambahkan cheese atau kurangkan jumlah biskut ya. Tapi bagi Kekny resepi ni dah cukup ngam dah dan tak la muak sangat. 

Kek batik cheese, batik cheesecake, resepi kek batik sedap, cara mudah buat kek batik

Suka betul bila tengok lapis lapis biskut tersusun bagaikan corak batik. Oohhh yaaa untuk kek batik cheese ni, kena guna biskut marie perasa coklat ya sebab cheese tu dah warna putih. Kalau guna biskut marie biasa nanti tak naik warna dia. Boleh juga ganti dengan oreo atau biskut lain tapi kena ambil kira tahap kemanisan biskut yang kita guna ok sebab nanti keseluruhan rasa kek jadi terlalu manis pula.


Kek batik cheese, batik cheesecake, resepi kek batik sedap, cara mudah buat kek batik

Kek batik cheese, batik cheesecake, resepi kek batik sedap, cara mudah buat kek batik

Ok jom tengok resepi mudah kat bawah ni. Kalau nak senang boleh refer terus kat You Tube video di bawah. Jangan lupa subscribe my You Tube Channel ok!


Resepi Batik Marie Cheesecake

Bahan-bahan :
150g biskut Marie perasa coklat
500gm cream cheese (dilembutkan)
2 biji telur
2 tablespoon tepung jagung
3/4 cup gula caster
2 sudu besar lemon juice
1 teaspoon vanilla

Cara penyediaan boleh rujuk video dibawah ya!










You Might Also Like

1 comments

  1. perghhh menarik sangat ni. dah tahap lain kek batik ni. marvelous ^_^

    ReplyDelete