Nasi Pandan Wangi Dan Sedap

December 28, 2019

Pernah dengar Nasi Pandan tak? Lebih kurang Nasi Lemak Pandan lah, cuma tak letak santan dan ditumis. Macam Nasi Minyak juga, cuma ada aroma pandan yang wangi. Rasa dia ringan saja dan tak terlalu muak. Hari ni Kekny share resepi Nasi Pandan Wangi Dan Sedap ni ya!


Guna beras Jasmeen Basmathi Cream. Beras ni beras Parboiled. Rendah kandungan Glycemic Index (G.I) dan sangat bagus untuk yang mana nak berdiet tu guna berasa ni.


Tips masak nasi beras basmathi ni. Kalau nasi biasa, air sama banyak beras. Kalau nasi tumis dan ada letak santan, air kena lebih 1 sukatan. Kalau beras 2, air 3 cawan lah.




Kekny buat Nasi Pandan ni untuk dihidangkan dengan Daging Kicap Bawang Goreng yang sedap. Resepinya nanti Kekny share ya.

Resepi Nasi Pandan 

Bahan-bahan : 
2 cawan beras basmathi
3 cawan air pandan (pandan dikisar bersama air dan tapis
1 kiub ayam (jika suka)
Garam secukup rasa

Bahan tumis
Bawang besar 
Bawang putih 
halia 
(3 bahan ni dikisar)

Daun pandan disimpul
Bunga lawang
Pelaga
Sedikit minyak

Cara Penyediaan boleh rujuk kat video di You Tube bawah ya!



You Might Also Like

4 comments

  1. nyummm pasti wangi baru semerbak bila buka tudung periuk tu ^_^

    ReplyDelete
  2. Memang sedap Nasi Pandan.. Bau wangi je

    ReplyDelete
  3. sodappnyer..

    hepi new year 2020 cikak eny tuuu

    ReplyDelete