Blueberry Muffin

November 20, 2019

Kek paling senang nak buat dalam dunia ni ialah Muffin. Kenapa Kekny cakap senang, sebab hang tak perlu guna mixer pun. Dan basically muffin ni kita bancuh adunan macam nak buat cucuq saja hehehe. Kalau nak sedap gunalah pure butter supaya muffin kita harum bau butter dan rasa dia pun mewah. Tapi kalau nak guna butter biasa pun tak salah. Ada yang guna minyak jagung sahaja. Pun boleh je. Blueberry Muffin paling sedap dah tu bahan tak banyak dan mudah pula. Jangan lupa cuba resepi Blueberry Muffin ni ya!


Tips Muffin Sedap, Moist dan Gebu

Sebenarnya kalau guna minyak jagung muffin akan lebih moist dan gebu. Tapi saya pula suka bau butter dalam muffin, sebab tu saya suka letak butter. Tapi kalau nak lebih moist, butter tu cairkan dulu dan guna half butter cair dan half minyak jagung. Lagi sedap, lembut dan moist!!

Kekny minggu lepas teringin sangat nak makan Blueberry Muffin yang atas dia penuh kembung merekah. Ya ampun maca mengidam pulak hahahaha..

So buat la jugak  satu adunan dapat 6 biji muffins saiz besar besar. Dan Kekny tambah ketulan cream cheese didalamnya. So bila gigit tu dapat jumpa cebisan cheese tu memang sedap!


Tips nak muffins jenis bertopi dan merekah di atas kena isi penuh macam ni yaaaaa..


Bila bakar dia akan kembang ke tepi dan naik atas... haa  baru cantik muffins kita.



Bila belaj dalam buah Blueberry dah pecah pecah tu memang sedap!!!



Resepi Blueberry Muffins

Bahan - Bahan :
100gm pure butter (biar lembut luar peti sejuk )
100gm caster sugar
1 cup blueberries
60 gm plain yogurt
220gm self raising flour
1/2 tsp salt
1 tsp vanilla
2 eggs
Cream cheese potong dadu (optional)

Cara penyediaan

Guna spatula atau hand whisk, pukul butter dan gula hingga sebati. Tak perlu kembang pun butter tu

Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi dengan hand whisk sampai telur sebati je.

Masukkan tepung dan yogur, kacau kaup balik sahaja sampai sebati, Jangan overmix. Lumpy sikit tak apa.

Masukkan dalam acuan muffins yang dialas muffins cup separuh dulu, letak cream cheese yang dipotong dadu, kemudian penuhkan acuan sampai penu dan tinggi.

Optional : Untuk muffin sedikit rangup on top, bole tabur sedikit gula di atasnya sebelum dibakar.

Bakar suhu 180C ke 200C selama 20 minit atas sehingga masak.


Cuma masa kacau tepung jangan kacau coq kodok yaaa.. Kacau manja agak rata dah siap.

#CakesByEnyAbdullah
#OnlineClassByEnyAbdullah #TipsBakingByEnyAbdullah #ResepiEnyAbdullah

Oh ya nak lebih senang boleh check video muffin ni kat my YouTube Channel. Jangan lupa subscribe ya sebab kat YouTube sana ada banyak video tutorial dan resepi.


You Might Also Like

0 comments