Tutorial Bunga Fondant Mudah

September 29, 2019

Nak buat bunga fondant atau gumpaste ni tak lah sesusah mana asalkan kita ada tools yang betul dan bahan yang digunakan juga betul. Memang nak mula projek bunga ni banyak benda kena beli. Saya pun beli sikit-sikit sampai lah lengkap 1 set. Beli online dapatlah murah sikit berbanding beli kat kedai. Ok susulan entry sebelum ni iatu Tip Balut Kek Fondant Cara Mudah. Untuk entry kali ini ini Kekny nak tunjuk cara buat bunga fondant atau gumpaste yang mudah je dan cara lekatkan bunga kat atas kek supaya naik dan nampak timbul.

Homemade Gumpaste 

Untuk bunga ni Kekny guna gumpaste yang dibuat sendiri. Gumpaste ni fondant juga tapi telah dicampur dengan sejenis chemical untuk menstabil dan mengeraskan fondant. Bahan itu ialah CMC Carboxy Methyl Cellulose - Kat kedai baking ada jual. Cara campur ialah masa uli fondant bagi lembut atau masa mix kan warna, masukkan CMC, nisbah dalam 200 gm 1 sudu teh. Tapi Kekny adakala letak lebih atau kurang ikut cuaca dan benda apa yang Kekny nak bentukkan tu. Kalau nak cepat keras masuk lebih. Kalau untuk bunga ni, dia nipis senang crack jadi jangan terlebih masuk. Kalau cuaca hari hujan dan sejuk Kekny juga masukkan lebih sikit supaya fondant cepat keras.


Ok dah ada gumpaste jom buat bunga. Cetak bunga ni ada jual kedai baking atau Lazada ya. Korang cari memang ada banyak dan ada dijual 1 set terus dengan pelbagai pencetak dan perlatan fondant.


Rolled fondant nipis dan cetak. Kekny guna untuk ini pencetak bunga Hydrangea


Untuk nampak lebih real bunganya dan lembut serta tidak kaku, kita kena haluskan kelopak tepi kena guna ball tools ni dan tekan atas Flower Pad (ada jual kedai baking mcm span tebal)



Kena guna span berlekuk ni ya supaya bunga tak flat dan membentuk kelopak.. Habis tak ada guna bekas ferero rocher tu atau beli plate bancuh water color yang lubang kecik hahahaha. Keringkan selama 2 ke 3 jam atau kalau cuaca sejuk mungkin 12 ke 24 jam. Kalau hujan kau masuk je dalam oven. Caranya panaskan oven 10 minit, tutup suis oven. Lepas tu letak dlm oven, biar oven terbuka. Tapi risiko dia kalau terlalu kering bunga akan crack sebab nipis. Pandai pandai lah adjust suhu dan masa ok.

Buat pattern quilt jika suka pada kek. Guna tools quilt tu lebih senang.


Untuk gam pula, kita guna sedikit CMC tambah air kacau bagi rata macam gam lah. Nisbah agak agak ya. 


Sapu gam bahagian nak letak bunga tu.


Ambil seketul fondant dan bulatkan. Gamkan bahagian atas tu. Nak letak tengah ke tepi ke suka hati.



Ok mula susun bunga yang dah kering keras tadi. Kalau tak keras jangan susun nanti habis layu kelopak dia


Ni ha susun semua ni sampai habis. Ikut kreativity ya nak bagi nampak cantik. Buat 2-3 warna atau tone warna pun boleh.





Ok dah siap. Boleh lekatkan nama pengantin dibagaian tepi ikut lah mana korang suka.
Senang je kan!


You Might Also Like

0 comments