Resepi Chocolate Milk Blondies

Hai semua. Ya ampun lamanya Resepi Blondies ni nak masuk blog. Betul-betul tak sempat nak update blog sekarang. Oklah Blondies ni kalau nak tahu dia macam Brownies tapi bezanya kalau brownies kita cairkan coklat tu dan gaul bersama tepung. Tapi untuk Blondies, coklatnya kita cincang masuk saja, jadi warna dia jadi blonde (perang) dan tak gelap dan rasa dia bila gigit terjumpa coklat coklat berterabuq tu memang wow! Blondies ni juga teksture dia ibarat kombinasi antaran kek dan biskut. Rasa dia nak kata kek bukan, nak kata biskut tapi tak berapa rangup pun. Tekstur dia chewy dan lembut sedap lah! Resepi Blondies ni pun mudah ja dan bahan pun tak banyak guna. 


Tips Blondies Sedap

1. Bakar sekejap sahaja antara 25 ke 30 minit.
2. Guna coklat compund berkualiti. Bukan cooking chocolate yang jual supermarket tu ya.
3. Gune pure butter jenama Anchor, SCS, Lurpak
4. Tambah kekacang macam badam dan walnut diatas. Atas sahaja ya. Dia rangup bila kita gigit tu aduhhh!





Resepi Blondies  Eny Abdullah

(Updated pada 14/1/2020 untuk lebih kurang manis dan chewy)
Bahan-bahan :
1 1/2 cup Tepung naik sendiri
1/4 teaspoon garam
115g pure butter  - 1/2 cup
170 gm gula perang (saya kurangkan, cuma pakai 150gm)
2 telur size B
1 cawan coklat coin susu  - saya pakai Berryls Chocolate Milk Coins - boleh digantikan dengan coklat susu Cadbury 
Kepingan badam untuk tabur diatas.

Cara-cara :

1. Sediakan acuan berukuran  9 x 9 atau 10x10 inci. Gris dengan butter atau marjerin, kemudian letak kertas pelapik (parchment paper) rapat rapat sehingga melekap ke acuan, lebihkan sikit di bahagian atas kira dan kanan supaya senang nak tarik keluar. Sekali lagi gris butter satu lapis lagi diatas kertas pelapik.

Cairkan butter  - saya pakai microwave. Kemudian apabila cair, masukkan gula perang. Kacau. Sejukkan sedikit.

Pada masa ni boleh panaskan oven suhu 170C

Masukkan telur ke dalam campuran butter dan gula perang yang cair tadi. Sebiji demi sebiji dan kacau sebati. Tak perlu pukul. Sekadar dikacau hingga tak nampak telurnya dan sebati dengan gula. Masukkan juga vanila essence.

Masukkan tepung  Kacau sebati dengan senduk sehingga adunan bercampur elok. Jangan terlebih kacau. Adunan memang akan menjadi sedikit pekat dan likat.

Masukkan coklat coins dan kacau rata.

Tuang adunan ke dalam acuan yang telah diletakkan kertas pelapik . Tabur kepingan badam bersama coklat jika suka diatasnya.

Bakar selama 25 minit pada suhu 170C atau sehingga cucuk cake tester, adunan masih sedikit melekat. Tak boleh bakar lama nanti kering dan tak sedap pula.

Sejukkan sehingga betul betul sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan. 

untuk video boleh check di You Tube Channel saya ya. Jangan lupa subscribe ya!




Post a Comment

1 Comments